HomeIsu tempatan50 asnaf di Putatan disantuni

50 asnaf di Putatan disantuni

Read Time:33 Second

Putatan : Seramai 50 golongan asnaf kategori fakir miskin dan mualaf  disantuni dalam satu Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Daerah Putatan di sini semalam. 

Program anjuran Pejabat Daerah Putatan bersama Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya. 

Dalam majlis itu, Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat dan Ahli Parlimen Putatan turut menyempurnakan penyerahan bantuan zakat yang berupa bakul makanan dan wang tunai kepada para penerima.

Hadir sama, ADUN Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari, Pegawai Daerah, Mokhtar Hussin dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah, Ahmad Helmi Mohd Taib. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penaiktarafan daerah kecil Sook kepada daerah penuh mudahkan penduduk dapat perkhidmatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular