HomeIsu tempatanLebih 5,000 pengunjung hadir rumah terbuka Parlimen Beaufort

Lebih 5,000 pengunjung hadir rumah terbuka Parlimen Beaufort

Read Time:2 Minute, 18 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Beaufort: Lebih 5,000 pengunjung berbilang bangsa sekitar daerah ini dan kawasan berhampiran hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Parlimen Beaufort di sini hari ini.

Meskipun dijadualkan bermula jam 10 pagi, pengunjung dilihat mula tiba ke Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir seawal jam 9 pagi.

Majlis anjuran Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Beaufort dengan kerjasama Kumpulan Sawit Kinabalu dan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching yang juga Ahli Parlimen Beaufort.

Hadir sama, Pengarah Operasi Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie dan Pengurus Besar SLDB Syaheddrul R Joddari.

Antara pengunjung yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka itu

“Alhamdulilah pada hari ini majlis rumah terbuka berjalan dengan lancar dimana pada mulanya kita menganggarkan seramai 3,000 pengunjung hadir dan saya dimaklumkan seawal jam 9 pagi sudah ada yang datang meskipun majlis bermula jam 10 pagi.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir kerana turut sama memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri ini.  Tidak lupa juga kepada Kumpulan Sawit Kinabalu dan juga SLDB yang turut sudi membantu bekerjasama dapat penganjuran majlis ini.

“Sudah pasti, kita berharap agar kedua-dua agensi Kerajaan negeri ini akan dapat terus bekerjasama bersama kita dan semoga hubungan baik ini akan lebih erat pada masa akan datang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Beaufort di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di sini pagi tadi.

Antara pengunjung yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka itu

Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, objektif penganjuran majlis itu adalah bagi merapatkan hubungan silaturrahim diantara masyarakat berbilang kaum khususnya di daerah ini.

“Selain penduduk di Parlimen Beaufort, kita turut menjemput tetamu dan rakan-rakan dari luar daerah Beaufort bagi sama-sama memeriahkan majlis pada hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Bacho berkata, pihaknya berharap agar penganjuran program seumpama itu akan diteruskan pada masa akan datang.

“Syukur pada hari ini Syawal keempat, saya bersama rombongan dari Kota Kinabalu datang ke Beaufort untuk sama-sama meraikan sambutan Aidilfitri disini dan saya lihat ianya sunggu meriah sekali.

Aminah (dua kanan) bersama Pengarah Operasi Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie (kiri) pada majlis itu

“Bagi pihak Sawit Kinablu, kami melihat acara seperti ini sangat dialu-alukan dan dapat dapat dilaksanakan pada setiap tahun,” katanya.

Sementara itu, Syaheddrul berkata, majlis itu memberikan satu peluang untuk masyarakat setempat merapatkan hubungan silaturrahim diantara SLDB dan juga penduduk setempat khususnya di daerah ini.

Aminah (dua kiri) bersama Pengurus Besar SLDB Syaheddrul R Joddari. (kanan)

“Ini merupakan satu peluang untuk kita semua mengeratkan silaturrahim dan bagi pihak SLDB juga kita berterima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana telah menjemput SLDB untuk sama-sama menjayakan program kali ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular