Remaja maut disambar petir, seorang cedera parah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:48 Second

PAPAR: Seorang remaja lelaki maut dipercayai disambar petir manakala seorang lagi rakannya cedera parah dalam satu kejadian ketika mereka sedang menjalankan aktiviti sukan bola sepak di padang Pekan Papar pada petang Selasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4 petang tadi (25 April) mengenai kejadian tersebut.

“Sepasukan bomba tiba di lokasi kejadian mendapati dua orang remaja masing-masing berusia 13 tahun itu telah disambar petir dipercayai ketika menjalankan aktiviti sukan bola sepak di padang Pekan Papar.

“Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) memberi rawatan awal pada mangsa yang cedera dikenali sebagai Assiy Qusyairy dan seterusnya menyerahkan kepada pihak pasukan perubatan untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Manakala seorang mangsa lagi meninggal dunia di lokasi kejadian disahkan oleh Pasukan Perubatan,” kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa tersebut diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 4.40 petang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *