HomeUtamaPengusaha pelancongan luar bandar disaran libatkan diri dalam sektor koperasi

Pengusaha pelancongan luar bandar disaran libatkan diri dalam sektor koperasi

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kiulu: Para pengusaha pelancongan luar bandar berasaskan komuniti disaran untuk melibatkan diri dalam sektor koperasi bagi mempelbagaikan penjanaan pendapatan mereka.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, berkata, komuniti kampung yang giat aktif dalam pelancongan perlu memanfaatkan koperasi yang membolehkan mereka menjalankan pelbagai peluang perusahaan.

“Pengusaha pelancongan berasaskan komuniti tidak seharusnya mengehadkan diri mereka untuk menjalankan perniagaan pelancongan sahaja. 

“Mereka perlu memikirkan perniagaan lain yang mampu membawa hasil wang dan meningkatkan sosioekonomi mereka,” katanya pada perasmian Hari Keluarga Koperasi Pukak di sini, semalam. 

Beliau berkata pengusaha pelancongan luar bandar berasaskan komuniti sudah mempunyai struktur jawatankuasa yang teratur dan boleh digunapakai apabila mereka menubuhkan koperasi sendiri.

Joniston yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, turut menyarankan agar koperasi luar bandar yang sedia ada juga memperluaskan fokus perniagaan kepada pelancongan yang menjadi salah satu pendapatan utama negeri serta teras pelan pembangunan Sabah Maju Jaya.

Tambahnya, Kiulu mempunyai 10 koperasi yang kebanyakkannya menjalankan perniagaan kedai runcit dan perkakasan.

“Melalui koperasi, ia mudah untuk semua ahli memohon bantuan tertentu terutamanya daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Saya sudah berbincang dengan menterinya Datuk Ewon Benedick bagaimana kita boleh sama-sama membantu komuniti kampung melalui usaha ini.

“Bagi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar serta Lembaga Pelancongan Sabah, kita akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. 

“Kita juga akan terus membimbing koperasi yang ingin menjalan perniagaan pelancongan dan para pengusaha pelancongan komuniti yang mahu melibatkan diri dalam koperasi,” ujarnya.

Terdahulu dalam majlis tersebut, pengerusi Koperasi Pukak, Guin Omar, menyampaikan sijil perlantikan kepada Joniston sebagai penaung Koperasi Pukak.

Turut hadir pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Sabah, Matias Kundapin, dan penolong pegawai daerah kecil Kiulu, Justin Ginduk. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya