HomeIsu tempatanSambutan Hari Keluarga Dingad pupuk semangat kekeluargaan jauh dan dekat

Sambutan Hari Keluarga Dingad pupuk semangat kekeluargaan jauh dan dekat

Read Time:1 Minute, 32 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

RANAU: Seramai 350 ahli keluarga hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Keluarga Dingad dan Hari Raya Aidilfitri 2023 di Dewan Kimolohing dekat sini, hari ini.

Dingad mempunyai empat orang anak terdiri daripada Madali, Uruk, Mansah dan Damas.

Keempat-empat generasi Dingad hadir dari seluruh pelusuk Sabah dan Semenanjung turut sama meraikan majlis yang berlangsung selama dua hari iaitu 24 hingga 25 April 2023.

Pengerusi penganjur Tahir Jani dari generasi Madali berkata, Sambutan Hari Keluarga ini diadakan untuk menghimpunkan ahli-ahli keluarga dari jauh dan dekat khususnya dari keempat-empat generasi Dingad dan juga sebagai wadah bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini setelah dua tahun kita tidak dapat bersama-sama meraikan Hari Raya secara besar-besaran akibat pandemik Covid-19.

“Selain merapatkan lagi silaturrahim antara generasi Dingad (Madali, Uruk, Mansah dan Damas), ia juga dapat memupuk semangat kasih sayang, perpaduan dan keharmonian antara keluarga,” katanya ketika ditemui Sabah Media hari ini.

Menurut Tahir, Hari Keluarga seumpama ini adalah kali ketiga diadakan dan kali ini merupakan kehadiran yang paling ramai lebih dari 350 orang.

“Kami bercadang akan mengadakan Hari Keluarga Dingad dua tahun sekali dan lokasi berbeza mungkin ke daerah-daerah lain selepas Ranau (dua kali diadakan) dan Sook.

“Saya berterima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa penganjur yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini dan juga kepada semua ahli keluarga yang sudi hadir memeriahkan majlis.

“Kami berharap melalui media sosial ataupun media massa ini, ahli keluarga yang lama terpisah supaya menghubungi kami dan eratkan kembali hubungan kekeluargaan kita.

“Justeru, saya juga berharap dengan adanya aktiviti sebegini, hubungan kekeluargaan empat generasi ini akan lebih erat dan sekurang-kurangnya anak cucu kami dapat mengenali antara satu sama lain serta tidak terputus begitu sahaja,” katanya.

Antara pengisian acara majlis termasuklah gotong-royong menyembelih seekor lembu, memasak, menjamu selera pelbagai hidangan tradisional masyarakat Dusun, sesi suai kenal dan karaoke.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular