HomeSukanLiga Super: 5,000 tiket sudah terjual

Liga Super: 5,000 tiket sudah terjual

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Tiket perlawanan Liga Super membabitkan Sabah FC menentang Selangor FC, malam Khamis ini, sudah terjual mencecah lebih 5,000 tiket atas talian.

Ketua Penyelaras Venue Sabah FC, Shamsuddin Mohd Shah berkata, perlawanan dijadualkan bermula pada jam 7.30 malam namun peminat digalakkan datang seawal jam 5.30 petang.

Katanya, ia bagi mengelakkan kesesakan terutamanya di pintu masuk stadium dengan kehadiran ribuan penyokong yang hadir memberi sokongan padu kepada pasukan Sabah FC.

“Setakat ini, lebih 5,000 tiket perlawanan atas talian sudah terjual dan kita menjangkakan lebih ramai peminat serta penyokong Sabah FC akan hadir pada perlawanan berkenaan.

“Kita menjangkakan perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan ini akan pasti mendapat sambutan yang amat menggalakkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shamsuddin berkata, bagi tiket fizikal pula akan mula dijual Khamis ini bermula
Jam 10 pagi sehingga perlawanan bermula.

Katanya, harga tiket di kawasan berbumbung ditetapkan RM32 untuk dewasa dan RM23 bagi kanak-kanak.

“Manakala, kawasan ‘Old Fortress’ pula berharga RM22 untuk dewasa serta RM16 bagi kanak-kanak.

“Begitu juga dengan kawasan PT Zone dan Scoreboard yang dijual pada harga RM15 bagi dewasa dan RM11 untuk penonton kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Shamsuddin berkata, para penyokong digesa supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan termasuk tidak sesekali membaling botol atau sampah masuk ke dalam kawasan padang.

“Penonton juga tidak dibenarkan membawa botol minuman, payung dan helmet masuk ke dalam stadium.

“Dikesempatan ini juga, saya mewakili Sabah FC mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua peminat dan penyokong Sabah FC,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya