HomeUtamaElakkan berada di kawasan lapang terbuka - SKN

Elakkan berada di kawasan lapang terbuka – SKN

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Orang awam khususnya di negeri ini dinasihatkan supaya menjauhi kawasan lapang terbuka bagi mengelakkan perkara-perkara tidak diingini berlaku seperti petir ataupun kilat.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Sr Safar Untong berkata, ia termasuklah kawasan seperti padang bola dan kawasan lapang lainnya.

“Pada 25 April iaitu semalam, dilaporkan dua orang individu berusia 13 tahun telah terkena sambaran petir di Padang Bola Papar.

“Berikutan dari itu, seorang daripadanya dilaporkan telah meninggal dunia,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Safar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah berkata, kejadian fenomena petir dan kilat yang berlaku dibeberapa tempat ketika boleh menghasilkan sambaran petir  dan kilat.

Katanya, sambaran tersebut boleh mengenai manusia sekiranya berada dikawasan terbuka dan mengakibatkan kecederaan serius serta membawa maut. 

Semalam, seorang remaja lelaki maut dipercayai disambar petir manakala seorang lagi rakannya cedera parah dalam satu kejadian ketika mereka sedang menjalankan aktiviti sukan bola sepak di padang Pekan Papar – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya