HomeUtamaPemakaian pelitup muka disyorkan untuk dilaksanakan semula di sekolah

Pemakaian pelitup muka disyorkan untuk dilaksanakan semula di sekolah

Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Pemakaian pelitup muka disyorkan untuk dilaksanakan semula di semua sekolah berikutan kebimbangan peningkatan jumlah kes COVID-19 termasuk penularan varian baharu dikenali sebagai XBB.1.16 atau Arcturus.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, susulan dari itu pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bagi membincangkan perkara itu seterusnya mengekang penularan semula COVID-19 di sekolah.

Katanya, satu garis panduan termasuk prosedur operasi standard (SOP) yang melibatkan murid dan pelajar dijangka akan dikeluarkan sebelum sesi persekolahan bermula 2 Mei ini.

“Saya akan bertemu Fadhlina minggu ini juga untuk membincangkan garis panduan mengapa kita perlu mengawal penularan COVID-19 di sekolah, terutama selepas adanya varian baharu Arcturus.

“SOP berhubung kawalan COVID-19 itu akan dikeluarkan sebelum pelajar kembali ke sekolah pada 2 Mei ini sebagai langkah berjaga-jaga,”katanya.

Dr Zaliha berkata, perkara itu penting kerana pihaknya bimbang jika ada murid yang terkena jangkitan selepas bergerak sepanjang cuti Aidilfitri.

Sebelum ini, Dr Zaliha memaklumkan sebanyak enam kes varian baharu COVID-19 XBB1.16 atau Arcturus dikesan di Lembah Klang, menjadikan jumlah kes dijangkiti meningkat kepada 12 setakat ini.

Daripada jumlah itu, empat kes baharu bagi varian itu telahdikesan di Selangor, manakala dua lagi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, selain enam kes awal di Sarawak.

Namun katanya, individu yang dijangkiti Arcturus yang juga subvarian kepada Omicron itu didapati hanya mengalami gejala ringan dan dilaporkan stabil.

Meskipun cadangan dan langkah pengawalan COVID-19 dilaksanakan di sekolah selepas cuti perayaan, Dr Zaliha berkata, keputusan bagi melaksanakan langkah itu adalah bergantung kepada  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Ibu bapa tidak perlu panik dengan penularan varian baharu ini, tetapi kita tetap galakkan semua pihak, termasuk pelajar terus memakai pelitup muka bagi mengekang penularannya.

“Jika mengalami gejala jangkitan, mereka bukan sahaja perlu memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan, tetapi perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dengan doktor,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya