HomeUtamaCuaca Panas : Nabawan masih dikategorikan berada tahap berjaga-jaga

Cuaca Panas : Nabawan masih dikategorikan berada tahap berjaga-jaga

Read Time:57 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Daerah Nabawan masih dikategorikan berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga berikutan cuaca panas yang melanda negara pada masa ini.

Selain Nabawan di negeri ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan turut memaklumkan tujuh lagi kawasan lain di Semenanjung turut dikategorikan berada pada tahap satu.

“Berdasarkan kemas kini status cuaca panas di seluruh negara setakat jam 4.30 petang tadi, terdapat tujuh kawasan di Semenanjung berada pada tahap satu (berjaga-jaga).

“Manakala di Sabah, hanya satu kawasan sahaja yang dilaporkan berapa pada tahap satu (berjaga-jaga) iaitu di Nabawan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Sebelum ini, daerah Beaufort turut dikategorikan berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga.

MetMalaysia memaklumkan, tujuh kawasan di Semenanjung yang berada pada tahap satu ialah di Kubang Pasu; Kota Setar; Padang Terap; Pendang; Tanah Merah; Pasir Mas dan Besut.

Tahap berjaga-jaga iaitu suhu maksimum harian boleh mencecah antara 35 hingga 37 darjah celcius dan berlarutan sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. 

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Kelab Lions mampu membawa perubahan positif dalam komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya