HomeIsu tempatanDua suspek ditahan guna kad ATM milik orang lain

Dua suspek ditahan guna kad ATM milik orang lain

Read Time:1 Minute, 6 Second

TAWAU: Polis menahan dua suspek lelaki dan perempuan dipercayai telah menyalahgunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) milik orang untuk membuat pembelian menggunakan transaksi ‘PayWave’.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata,
pengadu yang juga mangsa menyedari kad ATM Maybank miliknya telah tercicir pada 25 April 2023 jam 8.10 malam semasa berada di sebuah stesen minyak di Bandar Sri Indah.

“Pengadu telah buat semakan online terhadap akaun Maybank miliknya dan mendapati wang berjumlah RM1,160.90 telah digunakan tanpa pengetahuannya.

“Perbuatan salah laku suspek seorang lelaki berusia 24 tahun dan seorang perempuan 19 tahun itu disedari oleh mangsa apabila mangsa menerima pesanan ringkas (sms) menyatakan telah berlakunya transaksi pembelian menggunakan kad ATM miliknya di sebuah kedai pada 25 April, hari yang sama pada jam 10 malam. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis berdekatan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Champin, hasil maklumat pengadu (mangsa) tindakan pantas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau telah berjaya menahan dan menangkap dua suspek lelaki dan perempuan tersebut.

“Sekeping Kad ATM Maybank dan sebuah telefon bimbit turut dirampas semasa serbuan itu.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula 26 April hingga 29 April ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat dibawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular