HomeSukanSabah FC terus kebal ke laman sendiri tewaskan Selangor FC

Sabah FC terus kebal ke laman sendiri tewaskan Selangor FC

Read Time:1 Minute, 16 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Sabah FC terus kebal di laman sendiri apabila berjaya menewaskan Selangor FC 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Likas malam ini.

Sebaik babak pertama bermula, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi menarik dengan beberapa percubaan bagi mendapatkan gol awal.

Pasukan pelawat hampir mendahului perlawanan apabila pemain Kebangsaan Faisal Halim cuba merembat masuk bola ke gawang Sabah, bagaimanapun berjaya ditolak keluar penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-9 perlawanan .

Sepuluh minit berselang, pemain import tuan rumah Telmo Castanheira hampir memperoleh gol pertama Sabah menerusi sepakan terus dari luar kotak penalti Selangor namun percubaannya terus ke dakapan penjaga gol pasukan pelawat pada minit ke-19.

Keadaan kelam kabut ke dalam kotak penalti Selangor berjaya membuahkan hasil buat Sabah apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas Baddrol Bakhtiar dijatuhkan pada minit ke-23.

Sepakan penalti itu berjaya disudahkan pemain import Saddil Ramdani pada minit ke-24 menjadikan Sabah FC mendahului jaringan 1-0.

Tamat masa rehat, pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan Faisal Halim yang merembat bola masuk ke gawang Sabah pada minit ke-52 menjadikan kedudukan seri 1-1.

Sabah FC akhirnya berjaya menambah gol kedua menerusi sepakan percuma ketua pasukan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-66 menjadikan kedudukan berubah 2-1.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan menjadikan Sabah FC naik ketangga ketiga liga dengan mengutip 20 mata.

Sabah FC akan melayani kunjungan Terengganu FC di Stadium Likas pada 19 Mei ini sebelum bertemu Perak FC pada 23 Mei depan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

SSA peroleh kedudukan ke -11 kategori Production Divison, IPSC RMP 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya