HomeIsu tempatanPesara cedera, motosikal terbabas terlanggar kabel elektrik terjuntai tengah jalan raya

Pesara cedera, motosikal terbabas terlanggar kabel elektrik terjuntai tengah jalan raya

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BEAUFORT: Seorang pesara kerajaan cedera selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas akibat terlanggar kabel elektrik yang terjuntai melintang di tengah jalan raya di Jalan Kampung Lumatai menuju ke Pekan Beaufort dekat sini pada Rabu lalu.

Mangsa Junnayah Sadim, 63, ketika dihubungi Sabah Media berkata, pada 26 April 2023 jam 7.15 pagi beliau yang sedang menunggang motosikalnya dari rumahnya di Kampung Rancangan Klias menuju ke pekan Beaufort atas urusan ke bank, namun apabila tiba di laluan berdekatan dengan bulatan Petronas Kampung Lumatai terdapat satu kabel elektrik terjuntai ke bawah dan melintang di tengah jalan raya.

Mangsa Junnayah terhumban ke atas jalan raya selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar kabel elektrik terjuntai. – Foto ihsan Junnayah

“Saya tidak sempat mengelak kabel elektrik tersebut, motosikal saya hilang kawalan lalu terbabas dan saya terhumban ke atas jalan raya, mujur ada orang awam yang lalu di kawasan itu terus memanggil ambulan dan menolong mengalihkan saya ditepi,” katanya.

Junnayah berkata, akibat dari kemalangan itu beliau mendapat kecederaan di bahagian leher, tangan kiri dan kaki kiri.

“Saya mengalami kecederaan di bahagian leher, tangan kiri dan kaki kiri, sejurus pasukan perubatan tiba, mereka membawa saya ke Unit Kecemasan Hospital Beaufort untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Susulan kejadian itu beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Beaufort pada hari yang sama.

“Laporan ini adalah sebagai peringatan kepada pihak berkenaan atau pihak berwajib supaya mengambil tindakan segera sekiranya terdapat masalah sedemikian seperti meletakkan tanda amaran atau segera menyiapkan kerja-kerja pembaikan untuk mengelakkan pengguna jalan raya lain mendapat kecelakaan semasa melalui jalan tersebut,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perluas kerjasama peringkat antarabangsa dalam pengurusan bencana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya