HomeSukanSabah FC positif catat kemenangan berganda di laman sendiri

Sabah FC positif catat kemenangan berganda di laman sendiri

Read Time:2 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu: Sabah FC positif untuk mengekalkan rekod tanpa kalah bermain di laman sendiri ketika melayan Selangor FC di Stadium Likas malam ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, jika dilihat prestasi Selangor memenangi semua perlawanan mereka di tempat sendiri ini sudah tentu akan menyuntik semangat Sabah FC mengekalkan rekod kemenangan tersebut malam ini.

Katanya, ini merupakan perlawanan yang baik dan seimbang untuk menilai tahap keupayaan kedua-dua pasukan apabila Selangor FC bermain di tempat lawan.

“Kita harus kekalkan prestasi di tempat sendiri, saya tak nampak jurang jauh mata diantara Sabah dengan Selangor. Paling penting esok pemain perlu mempunyai sikap yang cukup positif untuk bermain menentang dengan Selangor.

“Meskipun mereka (Selangor) berjaya mengumpulkan 15 mata ataupun 12 sebelum ini. Namun Sabah FC yakin mengekalkan rentak persembahan prestasi terbaiknya ketika mencatat dua kemenangan di Likas,” katanya. 

Kim Swee berkata, selepas dua kemenangan itu sudah tentu ini akan memberi keyakinan kepada pemain sekali gus percaya mereka juga ingin membuktikan malam ini. 

“Kita akan buktikan kepada pengkritik di mana selepas tewas dua kali berturut-turut kritikan yang datang kepada pemain serta pasukan Sabah FC akan boleh ditangani dengan menunjukkan keputusan positif di dalam padang malam ini. 

“Kalau dilihat daripada segi carta liga, Sabah FC kini berada bukan jauh ketinggalan lima mata di belakang Selangor, jadi  kita perlu manfaatkan mata penting ketika bermain di tempat sendiri.

“Jika gagal mendapatkan sebarang mata bermakna kita akan ketinggalan lebih jauh. Jadi perlawanan ini penting untuk memastikan kita mengekalkan rekod terutama bermain di tempat sendiri untuk memastikan Sabah FC dapat merapatkan jurang kedudukan Carta Liga,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Gary Steven Robert, Kim Swee berkata beliau tidak boleh katakan Gary akan kembali ataupun sebaliknya.

Beliau perlu melihat bagaimana tahap kecergasan apabila Gary mula menyertai latihan selama dua minggu bersama pasukan sekali gus berharap agar dia akan kembali pulih sepenuhnya.

“Gary sudah tentu akan memerlukan sedikit masa di mana kita tahu Gary belum bermain satu perlawanan pun lagi bersama pasukan Sabah FC.

“Kita akan pantau tahap kecergasanya sebelum saya menentukan sama ada Gary dapat diturunkan ataupun tidak pada malam esok (malam ini),” katanya.

Kim Swee juga mengakui terdapat beberapa permain kini berada dalam senarai mengalami kecederaan ringan namun akan dapat diatasi dalam tempoh terdekat.

“Kita hanya akan ditentukan selepas latihan pada sebelah petang tadi (semalam) bagi menentukan siapa yang akan layak diturunkan dalam kesebelasan utama malam esok (malam ini) nanti,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular