HomeUtamaKerajaan alu-alukan pelabur berpotensi melabur berkaitan projek pelancongan di Sabah

Kerajaan alu-alukan pelabur berpotensi melabur berkaitan projek pelancongan di Sabah

Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengalu-alukan pelabur berpotensi yang berminat untuk melabur dalam projek berkaitan pelancongan seperti pembinaan hotel dan pusat peranginan, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Beliau menggalakkan pemilik perniagaan dan pemain pelancongan di Hangzhou, China mempertimbangkan untuk melabur dalam industri hotel di Sabah.

Christina berkata demikian kepada delegasi terdiri enam anggota dari Kerajaan Perbandaran Hangzhou pada kunjungan hormat dan jamuan makan tengah hari di sebuah hotel terkemuka di sini pada Rabu.

Beliau meluahkan rasa gembira dan mengalu-alukan kehadiran delegasi tersebut.

“Ini adalah masa untuk menghidupkan semula persahabatan antara penduduk Kota Hangzhou dan penduduk Kota Kinabalu, kita sama-sama meneroka jalan untuk pelancongan, perniagaan dan perdagangan,” katanya.

Christina menjelaskan bahawa Sabah mempunyai banyak tawaran tempat-tempat menarik di sini seperti laut, matahari terbenam, Eko pelancongan, hidupan liar yang ikonik, syurga menyelam bertaraf dunia Sipadan dan banyak lagi.

Timbalan Pengarah Pejabat Luar Hangzhou Kong Desheng, yang mengetuai delegasi, mengucapkan terima kasih kepada Christina kerana dapat bertemu dengan mereka dan Christina sendiri telah mengetuai delegasi Sabah melawat Hangzhou pada 2019.

Hadir sama dalam delegasi itu ialah Zheng Yongbiao (Timbalan Pengarah, Biro Perdagangan Perbandaran Hangzhou); Hua Yin (Ketua Jurutera, Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pemandangan Tasik Barat Hangzhou);Xia Shanmei (Ketua Bahagian, Pejabat Am Jawatankuasa Hangzhou CPC); Ding Guowei (Timbalan Ketua Bahagian, Pusat Pembangunan Industri Kebudayaan dan Kreatif Hangzhou); dan Cheng Pan (Ahli Kakitangan Utama, Pejabat Hal Ehwal Luar Hangzhou).

“Kami membalas kunjungan sulung (Datuk) Christina ke Hangzhou dengan tujuan untuk membuat susulan dengan Perjanjian Bandar Persahabatan yang ditandatangani pada 20 September 2019,” katanya dalam ucapannya.

Pada hari bersejarah itu, Christina menyaksikan pemeteraian Perjanjian Bandar Persahabatan KK-Hangzhou oleh Naib Datuk Bandar Hangzhou, Wang Hong, dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman di Hangzhou.

Christina dan Kong berpandangan bahawa Perjanjian Bandar Persahabatan boleh diperkukuh melalui pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan perdagangan.

“Kami boleh mengumpulkan sumber kami untuk memulakan program pertukaran pelajar serta aktiviti kebudayaan supaya masyarakat setempat di sini (KK) akan mengenali lebih lanjut mengenai Bandar Persahabatan yang lain, dan begitu juga sebaliknya di Hangzhou.

“Perjanjian itu menyatakan bahawa kedua-dua bandar akan menggalakkan persahabatan bagi membangunkan kerjasama berdasarkan saling menghormati dan memupuk persekitaran yang mesra dalam pertukaran maklumat dan pengetahuan yang pelbagai untuk faedah dan pembangunan bersama,” kata Christina.

Sementara itu, Kong berkata, beliau tertarik mengenai peluang pelaburan di Sabah dan Kerajaan Perbandaran Hangzhou boleh membantu berkongsi maklumat yang relevan dengan bakal pelabur mereka.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (Pengurusan Kewangan), Lifred Wong mewakili Datuk Bandar pada majlis itu.

Turut hadir Setiausaha Politik Liew Vivien Lee, Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Alesia Sion, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Noredah Othman, Ketua Pengarah (Operasi) DBKK Robert Lipon dan pegawai kanan lain.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya