HomeUtamaSabah rekod 76 kes batuk kokol atau 'pertussis'

Sabah rekod 76 kes batuk kokol atau ‘pertussis’

Read Time:1 Minute, 34 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Sebanyak 76 kes batuk kokol atau ‘pertussis’ dikesan di beberapa daerah di negeri ini bagi tempoh empat bulan pertama yang direkodkan sehingga semalam.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan kes sebanyak 986 peratus berbanding Minggu Epid yang sama pada tahun lalu iaitu sebanyak tujuh kes.

“Daripada jumlah itu, warganegara Malaysia merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 41 kes diikuti warganegara Filipina 27 kes dan Indonesia lapan kes.

“Manakala bagi kes kematian bagi batuk kokol ini adalah sebanyak satu kes direkodkan setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus Kertas Putih Kesihatan Peringkat Negeri Sabah di sini hari ini.

Dr Zaliha berkata demikian bagi mengulas sebuah video yang tular berkaitan pengumuman penularan batuk kokol di sebuah daerah di Sabah baru-baru ini.

Katanya, sebanyak 11 daerah di negeri ini di kesan terdapat pelaporan kes berkaitan batuk kokol antaranya Kota Kinabalu; Lahad Datu; Tawau; Semporna; Papar; Putatan; Kunak; Kinabatangan; Tuaran; Tambunan dan Sandakan.

“Daripada daerah yang dilaporkan ini, Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 20 kes; Lahad Datu (16); Tawau (15); Semporna (4); Papar (4); Putatan (8); Kunak (3); Kinabatangan (1) ; Tuaran (1); Tambunan (3) dan Sandakan (1).

“Setakat ini negeri lain kita ada juga menerima laporan tentang kes itu tapi saya akan teliti kes ini lagi dimana saya akan cuba dapatkan laporan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Zaliha menasihati ibu bapa agar membawa anak-anak ke klinik atau hospital berdekatan jika anak jagaan mereka mempunyai gejala batuk seperti itu.

“Ini agar kita dapat memantau dan lihat sama ada kes itu kes yang kita perlu rawatan lebih lanjut atau mungkin sebagai penyakit batuk biasa saja.

“Jadi kalau perlu rawatan seterusnya maka kanak-kanak tersebut perlu dirawat di hospital tersebut dan boleh dilaksanakan apabila doktor laksanakan pemantauan terhadap kanak-kanak tersebut,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular