HomeUtamaLebih 20,000 pengunjung meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah

Lebih 20,000 pengunjung meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu : Lebih 20,000 pengunjung terdiri dari pelbagai lapisan kaum dan agama di negeri ini hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah.

Majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Hadir sama memeriahkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta isteri Datin Seri Juliah Salag.

Pada majlis itu, Hajiji turut meluangkan masa menyampaikan sumbangan Raya kepada lebih 70 penerima kurang berkemampuan.

Antara penerima sumbangan termasuklah dari Rumah Orang Tua, Persatuan Orang Buta, Orang Pekak, Rumah Kebajikan dan Rumah Anak Yatim.

Selain itu, Perdana Menteri sempat meluangkan masa 10 hingga 15 minit bersalaman dan beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.

Dalam pada itu, Pengerusi Penganjur Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, sambutan yang diterima dari pengunjung sangat luar biasa selepas tiga tahun Kerajaan Sabah tidak mengadakan majlis pada skala besar.

“Pada hari ini, dianggarkan dari pagi tadi seramai lebih 20,000 pengunjung hadir memeriahkan majlis kali ini selepas tiga tahun kita tidak mengadakan berikutan pandemik.

“Mudah-mudahan ia akan dapat menjadi wadah bagi menjalin silaturrahim dan keharmonian dikalangan kita kerana yang hadir pada hari ini terdiri dari pelbagai lapisan agama dan kaum, saya juga difahamkan ada yang datang dari Sandakan dan juga Tawau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis itu di SICC di sini.

Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah turut merakamkan penghargaan kepada Tun Juhar dan isteri serta Perdana Menteri atas kesudian untuk menghadiri majlis berkenaan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua agensi, jabatan terlibat dan terutama rakan-rakan media yang banyak membantu membuat liputan majlis ini.

“Perdana Menteri juga sangat gembira dan mengucapkan syabas, tahniah kepada Ketua Menteri atas penganjuran majlis kali ini, “katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular