HomeUtamaCuaca Panas : Pentadbir sekolah perlu sentiasa peka terhadap keadaan semasa

Cuaca Panas : Pentadbir sekolah perlu sentiasa peka terhadap keadaan semasa

Read Time:1 Minute, 21 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Para pentadbir sekolah di negeri ini diingatkan untuk sentiasa peka terhadap keadaan semasa di sekolah masing-masing berikutan situasi cuaca panas yang melanda negara pada masa ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihak pentadbir sekolah juga diberi kuasa untuk menutup sekolah sekiranya suhu semasa melebihi 37 darjah celcius selama tiga hari berturut-turut dan diisytiharkan gelombang haba oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Katanya, perkara itu juga adalah selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menutup sekolah sekiranya cuaca panas berada pada tahap amaran dua dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah celcius selama tiga hari berturut-turut.

“Pentadbir sekolah khususnya Pengetua dan Guru Besar di negeri ini perlu sentiasa peka dengan keadaan semasa di kawasan sekolah. Sekiranya suhu melebihi  35 hingga 37 darjah celcius, pentadbir hendaklah menghentikan semua aktiviti luar.

“Manakala sekiranya cuaca berada pada situasi melebihi 37 darjah celcius dan diisytiharkan sebagai gelombang haba oleh MetMalaysia, pentabdir boleh menutup sekolah atau institusi Pendidikan dibawah jagaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Negeri Sabah berkata,  penutupan sekolah selain menghentikan aktiviti luar sekiranya melebihi suhu tersebut adalah bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Katanya, bagi proses penutupan sementara sekolah, para pentadbir diingatkan agar memaklumkan ibu bapa lebih awal secara bertulis.

“Selain itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) juga akan turut bekerjasama memaklumkan situasi semasa berkaitan fenomena gelombang haba di negeri ini,” katanya.

Sehingga hari ini, Arifin berkata, semua sekolah di Sabah masih berjalan seperti biasa selain meminimakan aktiviti luar bilik darjah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya