HomeIsu tempatanWanita maut selepas mengadu sesak nafas semasa aktiviti snorkeling

Wanita maut selepas mengadu sesak nafas semasa aktiviti snorkeling

Read Time:47 Second

SEMPORNA: Seorang wanita warga tempatan maut selepas mengalami sesak nafas semasa melakukan aktiviti snorkeling di tepi pantai di sebuah pulau peranginan di Semporna semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa warga tempatan yang berasal dari Selangor berusia 53 tahun itu sedang bercuti bersama rakan dan telah mengalami sesak nafas semasa melakukan aktiviti snorkeling kira-kira jam 4.15 petang pada Selasa (2 Mei) di tepi pantai, sebuah pulau peranginan di Semporna.

“Mangsa telah mengadu sesak nafas sebelum dinaikkan ke bot dan di bawa
ke daratan di mana mangsa telah diberikan bantuan pernafasan oleh staf pusat peranginan tersebut sebelum di hantar ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut.

“Namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Semporna dipercayai disebabkan oleh serangan jantung,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Farhan, bedah siasat dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Bagaimanapun, tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut ( SDR ),” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Siswa UMS santuni komuniti kampung di Tambunan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular