HomeIsu tempatanPenduduk rayu projek naik taraf Jalan Siantan Kg Kota Klias dipercepatkan

Penduduk rayu projek naik taraf Jalan Siantan Kg Kota Klias dipercepatkan

Read Time:2 Minute, 4 Second

BEAUFORT: Kira-kira 50 orang penduduk di Kampung Kota Klias merayu kepada pihak berwajib supaya segera menyiapkan projek pembinaan naik taraf Jalan Siantan sepanjang 5 kilometer yang mengalami kerosakan teruk pada ketika ini.

Seorang penduduk Hanisah Roslan, 30, berkata projek naik taraf Jalan Siantan di Kampung Kota Klias bermula tahun lepas (2022) tetapi sejak Februari lalu jalan mulai rosak, jalan berturap hancur dan hanya tinggal tanah sahaja.

“Pada mulanya saya tidak juga risau tapi apabila musim hujan lebat, jalan semakin teruk berlumpur dan kenderaan ahli keluarga yang melalui jalan tersebut menjadi mangsa terkubur di tengah jalan,” katanya yang kesal dengan pihak kontraktor projek naik taraf Jalan Siantan yang membawa masuk lori-lori besar menambah kerosakan jalan yang lebih teruk lagi.

Menurut Hanisah, lori-lori besar keluar dan masuk di jalan tersebut menyebabkan laluan semakin rosak dan berlubang teruk apabila hujan.

“Sehubungan dengan itu, saya sudahpun meminta inisiatif tabur batu oleh pihak pekerja menaik taraf tetapi tidak dipedulikan oleh mereka. Jalan tersebut juga digunakan laluan pekebun sawit dan ini juga menyusahkan penduduk di sini.

“Laporan sudah dibuat kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui emel, aplikasi whatsapp untuk membuat aduan di biro pengaduan awam, sudah sebulan aduan dibuat tapi sampai sekarang jalan tersebut sama juga,” katanya.

Hanisah juga turut meluahkan rasa sedih pada musim perayaan Aidilfitri ini kerana tiada saudara mara atau sahabat handai yang mahu ke rumah kerana memikirkan keadaan jalan masuk ke rumahnya yang rosak teruk.

“Musim Hari Raya, orangpun tidak mahu datang ke rumah kami disebabkan jalan rosak. Malah ada sebahagian tempat dalam pembinaan tiada tanda amaran diletakkan oleh kontraktor naik taraf jalan dan ia sangat membahayakan pengguna jalan raya. Manakala pembinaan naik taraf jalan juga tidak dipantau,” jelasnya.

Murid-murid sekolah terpaksa berjalan kaki ke sekolah mengelak dari kenderaan terkubur di tengah jalan. – Foto ihsan Hanisah.

Manakala pada hari persekolahan, Hanisah berkata, murid-murid yang tinggal di kawasan Jalan Siantan, Kampung Kota Klias terpaksa berjalan kaki untuk elak kenderaan terkubur.

“Mereka terpaksa memakai baju biasa sebelum tukar kepada seragam sekolah untuk mengelakkan baju kotor terkena lumpur. Ada juga yang tidak hadir ke sekolah tetapi tidaklah kerap tidak hadir ke sekolah,” katanya.

Tambah beliau, pihak pasukan perubatan yang menaiki ambulan juga menghadapi kesukaran untuk masuk ke kawasan berkenaan sekiranya berlaku kecemasan dan ini akan menyusahkan penduduk malah penduduk yang sakit juga sukar untuk keluar bagi mendapatkan rawatan.

Hanisah berharap pihak berkenaan dapat menyelesaikan masalah tersebut dan JKR juga diminta memantau jalan-jalan yang rosak untuk mengambil tindakan sewajarnya demi menjamin keselamatan penduduk setempat.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular