HomeUtamaCuaca Panas : Belum ada sekolah ditutup di Sabah

Cuaca Panas : Belum ada sekolah ditutup di Sabah

Read Time:1 Minute, 41 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Membakut : Sabah belum menerima sebarang laporan berkaitan penutupan sekolah di negeri ini berikutan situasi cuaca panas yang melanda negara meskipun dibenarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk berbuat demikian.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya sentiasa berhubung dan mendapatkan maklumbalas terkini berkenaan situasi itu daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

Beliau yang juga Exco Pendidikan Negeri Sabah turut meminta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk menyelaras prosedur standard operasi (SOP) berkaitan bagi Sekolah Agama Negeri (SAN).

Menurutnya, ia adalah sebagai langkah bagi memastikan keselamatan pelajar-pelajar sekolah khususnya di SAN terjaga ketika cuaca panas.

“Setakat ini saya belum menerima sebarang laporan berkaitan penutupan sekolah dan saya sentiasa berhubung dengan pengarah JPNS berkaitan situasi cuaca panas ini. 

“Saya berharap semua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD), pengetua dan guru besar dapat memberikan maklumay berhubung dengan keadaan cuaca di kawasan masing-masing.

“Selain itu saya yakin ini juga terpaksai dengan sekolah-sekolah agama kita dan saya turut meminta pengarah JHEAINS yang bertanggungjawab berhubung SAN dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) agar dapat menyelaras SOP yang berkaita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Pimping di sini hari ini.

Hadir memeriahkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Pada 29 April lalu, KPM melalui  surat siaran pekeliling yang dikeluarkan membenarkan pentadbir sekolah menutup sekolah jika cuaca panas berada pada tahap amaran dua dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah celcius selama tiga hari berturut-turut susulan situasi cuaca panas di negara ketika ini.

Sementara itu, Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, pihaknya merakamkan penghargaan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir pada majlis tersebut.

“Alhamdulillah dengan adanya majlis seumpama ini kitab oleh kembali beramah mesra bermaaf-maafan selain mengeratkan silaturrahim antara kita,” katanya.

Dalam majlis rumah terbuka berkenaan, seramai kira-kira lebih 5,000 masyarakat pelbagai bangsa dan agama  hadir memeriahkan majlis berkenaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular