HomeSukanSukan SEA: Wei Theng sumbang pingat sulung negara

Sukan SEA: Wei Theng sumbang pingat sulung negara

Read Time:38 Second

BERNAMA


Phnom Penh: Atlet larian berhalangan, Yoong Wei Theng muncul atlet pertama menyumbang pingat kepada negara pada Sukan SEA 2023 selepas meraih gangsa acara lelaki individu, di sini hari ini.

Acara yang berlangsung di tempat letak kereta Chroy Changvar Convention Centre itu, menyaksikan Wei Theng tidak berdepan masalah apabila unggul meninggalkan peserta tuan rumah, Ol Saoheang sejak dari awal saingan.

Malang menimpa Saoheang selepas terjatuh pada halangan kedua sekali gus merencatkan usahanya mengejar wakil Malaysia itu.

Wei Theng yang melengkapkan setiap halangan dengan sempurna bagi larian sejauh 100 meter itu merekodkan masa 28.234 saat (s) dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.

Sementara itu, wakil Filipina, Mark Julius Malabriga Rodelas muncul juara dengan mencatat 25.194s menewaskan rakan sepasukannya, Kevin Jeffrey Dador Pascua (26.814s).- BERNAMA

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 1,500 meriahkan HSN daerah Putatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular