HomeIsu tempatanAidilfitri kali ini lebih bermakna - Mat Jalih

Aidilfitri kali ini lebih bermakna – Mat Jalih

Read Time:1 Minute, 18 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Beaufort :   Selepas pandemik COVID-19, Hari Raya Aidilfitri kali ini sangat bermakna bagi Orang Kurang Upaya (OKU), Mat Jalih Musnin, 44, dari Kampung Garama. 

Meskipun kekurangan upaya fizikal, anak sulung daripada enam adik-beradik itu tidak pernah mengeluh sebaliknya, selalu bersyukur kerana dapat meraikan Aidilfitri bersama orang-orang yang disayanginya, ibu, bapa serta adik-adik.

“Saya rasa tahun ini lebih meriah sebab semua adik-beradik berkumpul di rumah keluarga, rumah riuh dengan ragam anak-anak buah.

“Adik saya tiga orang sudah berkahwin dan anak buah ada empat perempuan, dua lelaki.

“Tahun ini, keluarga pilih tema baju warna biru jadi saya pun ada sepasang baju Melayu biru yang saya pilih sendiri dan inilah yang buat saya rasa hari raya tahun ini lebih seronok, lebih bermakna,” katanya. 

Paling menggembirakan, dia juga menerima sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Ruslan Muharam yang juga ADUN Lumadan serta Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah.

“Terima kasih banyak kepada Datuk Ruslan, dia tidak pernah abaikan kami  selalu tolong orang-orang di kampung. 

“Kepada Datuk Matbali, terima kasih sebab prihatin dengan masyarakat,” kata Mat Jalih selepas menerima sumbangan itu di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Parlimen Sipitang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan di Bandar Mingo dekat sini, semalam. 

Pada sambutan yang dihadiri lebih 5,000 tetamu itu, Ruslan dan Matbali turut menyampaikan duit raya kepada 40 penerima dari Rumah Anak Yatim Al-Aman Beaufort.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular