HomeUtamaPengusaha, agensi pelancongan diseru laksana pakej khas lihat keunikan budaya Sabah

Pengusaha, agensi pelancongan diseru laksana pakej khas lihat keunikan budaya Sabah

Read Time:1 Minute, 27 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Papar : Pengusaha pelancongan dan agensi berkaitan khususnya di negeri ini diseru untuk melaksanakan satu pakej khas pelancongan yang dapat memberi kelebihan kepada pengunjung bagi melihat budaya masyarakat di Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia termasuklah membawa pelancong bagi melihat keunikan budaya bercucul yang popular dalam kalangan masyarakat di negeri ini khususnya pada musim perayaan seperti Aidilfitri.

“Pertandingan seperti bercucul ini kita adakan di peringkat Papar dan saya berharap agensi-agensi berkenaan dapat melihat kita.  Sebab itu kita minta kerjasama media dan kita buat juga video selain berharap agensi berkaitan seperti Tourism Malaysia dapat melihat mengenai tarikan ini.

“Kita faham sempadan negara juga baru dibuka,  jadi perancangan mereka untuk membawa pelancong daripada luar itu masih diperingkat awal dan mungkin ini boleh menjadi antara produk dan pastinya kalau boleh ia dijadikan sebagai produk untuk membawa pelancong pada waktu malam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri dan Pertandingan Bersusul di sini semalam.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, pelancong Korea yang sering melihat kelip-kelip di kawasan Beringgis juga dapat dibawa melihat dengan lebih dengan keunikan dan kecantikan bercucul di daerah berkenaan.

“Jadi mungkin kita boleh pertimbangkan atau mengatur perkara ini selain daripada melihat kelip-kelip, mungkin juga boleh dibawa untuk melihat suasana unik perayaan khususnya hari raya Aidilfitri yang kita sambut di negeri kita ini.

“Kita akan usulkan perkara ini kepada agensi berkenaa dan jika difikirkan sesuai mungkin kita boleh mulakan kerjasa dengan agensi pelancongan tertentu yang akan membawa pelancong daripada Korea datang ke Beringgis.

“Perkara ini kita akan cadangkan sekiranya mereka ingin jadikan sebagai salah satu pengisian,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular