HomeIsu tempatan80 pemanah sertai Kejohanan Piala Jurulatih Paul Leong anjuran PMDKK

80 pemanah sertai Kejohanan Piala Jurulatih Paul Leong anjuran PMDKK

Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Seramai 80 pemanah dari kalangan senior dan junior menyertai acara Kejohanan Piala Jurulatih Paul Leong anjuran Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu (PMDKK).

Acara kejohanan tersebut berlangsung selama empat hari bermula dari 28 April hingga 1 Mei 2023 di Padang SUKMA, Likas.

Presiden PMDKK Ram Singh berkata, acara kejohanan empat hari itu dikenali sebagai “Piala Jurulatih Paul Leong” telah menarik lebih 80 pemanah dari kalangan junior dan senior.

“Pemanah paling muda berusia tujuh tahun dan tertua 66 tahun, kebanyakannya dari Kota Kinabalu, Sipitang, Kota Marudu, Tongod dan Ranau,” katanya dalam dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ram Singh, persatuan itu telah memutuskan untuk mencuba sesuatu di luar kotak sekali gus menggalakkan pendatang baharu dan pada masa yang sama menyediakan mereka untuk kejohanan memanah peringkat Negeri dan kebangsaan akan datang.

“Kejohanan tersebut seperti Majlis Sukan Sukan Daerah (MSSD), Majlis Sukan Sukan Sabah (MSSS), Majlis Sukan Sukan Malaysia (MSSM), Kejohanan Memanah Kebangsaan Bawah 12 dan 15, Siri 1, 2023, Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Siri 1, 2023 dan Karnival Bakat Kebangsaan Siri 1, 2023,” katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin dan Timbalan Setiausaha Tetap Putera Jali serta timbalan pengarah MSNS, Valerie Wong telah mengadakan lawatan mengejut atas jemputan presiden semasa kejohanan itu.

Mereka meluangkan masa bertemu dengan golongan kurang upaya dan pemanah para, ibu bapa dan urusetia persatuan .

Ellron dalam ucapannya memberitahu beliau juga merupakan bekas pelari pecut negara dan atlet terkenal.

Ucapan yang sangat memotivasikan semua yang hadir, Ellron menggesa semua persatuan untuk bekerjasama sebagai sebuah keluarga, dengan Badan Memanah Negeri dan satu-satunya matlamat semua pemanah untuk memenangi dan membanggakan Malaysia dalam mana-mana kejohanan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Pada majlis penutup, secara kebetulan, seorang pemanah terkenal negara Mohd Khairul Annuar berada di kawasan itu dan kehadirannya telah memberi inspirasi serta memukau para pemanah muda yang beratur untuk mendapatkan tandatangannya.

Dalam pada itu, Ram Singh turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, jurulatih dan pemanah yang telah memberi sumbangan besar untuk menjayakan acara tersebut.

“Saya berharap dapat menambah baik lagi pada kejohanan akan datang melalui cadangan membina dari ibu bapa atau komuniti pemanah di PMDKK,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya