HomeUtama500 polis trafik bertugas memantau lalu lintas sepanjang bulan Kaamatan di Sabah

500 polis trafik bertugas memantau lalu lintas sepanjang bulan Kaamatan di Sabah

Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kira-kira 500 termasuk pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini ditugaskan untuk memantau keadaan lalu lintas sepanjang bulan Pesta Kaamatan ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, dari segi kesiapsiagaan anggota petugas sepanjang bulan Pesta Kaamataan ini, PDRM membuat perancangan terutama sekali melibatkan lalu lintas.

“Lebih kurang hampir 500 anggota petugas, kita gerakkan untuk memastikan perjalanan keseluruhan Pesta Kamataan sentiasa dalam keadaan selesa.

“Ini termasuk pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM Sabah untuk mengawal lalu lintas bagi seluruh Sabah,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas empat jawatan Ketua Jabatan PDRM Kontinjen Sabah di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jauteh turut memberitahu jangkaan pada hujung perayaan Pesta Kaamatan ini akan mengalami kesesakan oleh pengunjung yang hadir ke majlis penutupan di Dewan Hongkod Koisaan, Bangunan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Penampang.

“Kita menjangkakan sejumlah pengunjung Pesta Kaamatan ini yang akan hadir ke KDCA tetapi bagaimanapun kita telah kenal pasti beberapa jalan alternatif untuk dilalui oleh pengguna yang akan berurusan antara Kota Kinabalu dan Penampang.

“Nanti kita akan beri nasihat kepada pengguna jalan raya untuk menggunakan jalan alternatif tersebut,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, Jauteh telah menyaksikan Majlis Serah Tugas dan empat ketua jabatan PDRM Sabah yang baharu dilantik iaitu SAC Nik Md Zain Nik Omar sebagai Ketua Jabatan Pengurusan sabah, SAC Azmi Abd Rahim sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, ACP Datin Laila Sagir sebagai Ketua Jabatan Logistik & Teknologi Sabah dan DSP Iyda Ismail sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular