HomeUtamaCOVID-19 bukan lagi 'kecemasan antarabangsa' - KKM

COVID-19 bukan lagi ‘kecemasan antarabangsa’ – KKM

Read Time:1 Minute, 10 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan COVID-19 tidak lagi menjadi Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC).

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, perkara itu susulan daripada hasil mesyuarat Jawatankuasa Darurat Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) yang berlangsung pada 4 Mei di Geneva.

“Keputusan ini mengambil kira trend global yang menunjukkan penurunan bagi kes kematian COVID-19, kemasukan kes ke hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU) serta tahap imuniti populasi dunia terhadap virus SARS-CoV-2 yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, antara penyumbang keputusan tersebut melibatkan kebolehcapaian kepada diagnosis, rawatan, dan vaksin serta pemantauan varian virus SARS-CoV-2 juga menunjukkan tidak menyebabkan jangkitan COVID-19 yang teruk.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan melanjutkan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan dari 1 Jan hingga 30 Jun dan menjangkakan penilaian risiko situasi jangkitan COVID-19 akan dilaksanakan pada pertengahan Jun 2023 bagi menyemak semula pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan.

“Kementerian Kesihatan akan meneruskan langkah kawalan dan pencegahan COVID-19 berdasarkan protokol sedia ada serta membuat semakan semula dan mengemas kini garis panduan COVID-19 denganmerujuk kepada kenyataan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) berkaitan transisi pengurusanjangka masa panjang pandemik COVID-19,” katanya.

Kementerian Kesihatan sentiasa komited dan akan terus memantau situasi COVID-19 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optimum bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya