HomeSukanPengganti Njoku Jacob dalam radar, teliti calon sesuai

Pengganti Njoku Jacob dalam radar, teliti calon sesuai

Read Time:1 Minute, 4 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Sabah FC sedang mengintai beberapa calon bersesuaian bagi mencari pengganti pemain penyerang import dari Nigeria, Njoku Jacob yang menamatkan kontrak secara bersama baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC Marzuki Nasir berkata, pihaknya juga akan meneliti keperluan berkaitan bagi tujuan itu menjelang jendela perpindahan kedua pemain pada bulai julai akan datang.

Katanya, pada ketika ini Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee sedang membuat perancangan untuk mengenalpasti pemain yang mempunyai kualiti permainan yang sesuai dengan taktikal pasukan.

“Memang beliau (Jacob) bersetuju, disebabkan itulah saya katakan tadi memang wujud masalah keluarganya. Persetujuan sudah dicapai bagi membolehkan kontraknya ditamatkan lebih awal daripada jadual yang ditetapkan.

“Kita mempunyai masa selama dua bulan ini untuk cuba meneliti pemain yang mana sesuai dengan taktikal Sabah FC selain dapat membantu pasukan bersaing dalam Liga Malaysia itu sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Marzuki berkata, ketika ini Sabah FC mengenalpasti ada beberapa calon yang bersesuaian namun masih sedang diperhalusi sebelum dicadangkan oleh Datuk Ong Kim Swee dan Pengarah Teknikal, Scott Olleranshaw untuk diputuskan oleh pihak pengurusan kelak.

“Biarlah rahsia dulu, sebab ada beberapa dan ramai pemain berada dalam radar. Dalam masa dua bulan ini kita akan cuba meneliti beberapa pemain lain yang sesuai dengan perancangan Sabah FC,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular