HomeUtamaSistem eJPKK bantu mudahkan pengurusan JPKK

Sistem eJPKK bantu mudahkan pengurusan JPKK

Read Time:1 Minute, 50 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Sistem eJPKK yang dibangunkan dan digunapakai sepenuhnya bermula Januari lalu telah berjaya memudahkan pengurusan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) disemua kawasan di negeri ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, sistem yang dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) itu turut memudahkan perlantikan JPKK, pengeluaran sijil watikah, pengurusan pembayaran elaun JPKK dan maklumat kampung dapat diuruskan dengan berkesan.

“Kementerian ini adalah komited dalam usaha pendigitalan perkhidmatan dengan kerjasama JPKN dan semua organisasi yang terlibat demi untuk mencapai sasaran pendigitalan perkhidmatan selaras dengan inisiatif dan halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Selain daripada itu, beberapa sistem juga sedang digunapakai oleh Kementerian dan di pejabat-pejabat daerah iaitu Sistem Aplikasi Profail Kampung (SAPKS) dan Sistem Lesen Perniagaan.

“Adalah diharapkan sistem-sistem ini digunakan sepenuhnya, agar data-data  berkaitan dapat dikumpul, dianalisa dan digunakan untuk membantu perancangan dan pengurusan Kementerian serta Pejabat-pejabat Daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar ICT peringkat KPLB Sabah bagi tahun 2023 di sini hari ini.

Jahid berkata, dua ‘dashboard’ telah dibangunkan iaitu dashboard eKPLBS dan dashboard Pemantauan Projek.

Katanya, dashboard eKPLBS dibangunkan dengan tujuan untuk memaparkan informasi terkini mengenai ‘core bussines’ setiap  bahagian, seksyen dan unit di Kementerian.

“Manakala dashboard Pemantauan Projek pula bertujuan untuk pihak pengurusan dan bahagian pembangunan mengetahui status projek di daerah,” katanya.

Sementara itu, Jahid berkata, Kementeriannya juga akan terus komited merealisasikan ‘smart digital government’ seiring dengan inisiatif kerajaan untuk menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan.

Katanya, ia adalah melalui platform teknologi maklumat serta pendigitalan yang berlandaskan kepada konsep kerajaan digital melalui pendekatan ‘5A’ iaitu ‘accessible by anyone at any time, any where, by any mobile device’  bagi menjurus ke arah kerajaan digital pintar secara sepenuhnya pada tahun 2024. 

“Kementerian juga sedar akan cabaran-cabaran sedia ada dan yang bakal dihadapi dalam usaha dalam menerapkan pendigitalan di luar bandar, terutama di pejabat-pejabat daerah.

“Salah satunya adalah ketersediaan infrastruktur digital yang masih terbatas di beberapa daerah. Oleh kerana itu, pihak Kementerian dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan sedang memperkuat infrastruktur digital di daerah yang sukar dijangkau dan mempercepat pengembangan teknologi digital untuk memberikan pelayanan yang lebih baik bagi masyarakat,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya