Hajiji mula bertugas, terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Polis Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang mula bertugas selepas menjalani pembedahan “gallstone”, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sabah baharu, Datuk Jauteh Dikun di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, dekat sini.

Jauteh 57, dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah berkuat kuasa 2 Mei 2023 bagi menggantikan Datuk Idris Abdullah yang bersara pada 31 Mac lalu.

Dalam taklimatnya kepada Hajiji, Jauteh memaklumkan tentang program, rancangan, operasi dan isu yang dihadapi oleh pasukan polis di Sabah.

Hajiji yang mengalu-alukan pelantikan Jauteh sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dan Shahurinain sebagai Timbalan Pesuruhjaya, yakin mereka dan pasukan polis mampu memastikan tahap keselamatan Sabah kekal terpelihara dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Beliau memberi jaminan kepada Jauteh, Kerajaan Negeri akan membantu memudahkan pembinaan lebih banyak pondok polis dan juga operasi keselamatan di seluruh negeri.

Jauteh berterima kasih kepada Hajiji dan Kerajaan Negeri atas sokongan padu yang
diberikan kepada pasukan polis selama ini.

Mengiringi Jauteh dalam kunjungan itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah
baharu, Deputi Komisioner Shahurinain Jais, Ketua Cawangan Khas (KCK), SAC
Datuk Mohd Salleh Yahya, Ketua Jabatan Pengurusan (KJP), SAC Nik Md Zain Nik
Omar, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ), SAC Azmi Abdul Rahim dan Ketua
Jabatan Logistik, ACP Datin Laila Sagir.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *