HomeIsu tempatanSeminar Pemulihan Dan Penjagaan Pokok Durian beri manfaat kepada pengusaha kebun durian

Seminar Pemulihan Dan Penjagaan Pokok Durian beri manfaat kepada pengusaha kebun durian

Read Time:1 Minute, 33 Second

RANAU: Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin adalah antara 100 orang yang menyertai Seminar Pemulihan Dan Penjagaan Pokok Durian anjuran Making Sabah Durian Amazing, Persatuan Pengusaha Durian dan Buah-buahan Tropika Sabah (MASDA) di Dewan Kinomulok Garden Lohan di sini pada Selasa.

Antara tajuk ceramah yang telah disampaikan  sempena program itu ialah, Persediaan Bagi Pasaran Durian Berkualiti disampaikan Konsultan Tanaman Durian berkualiti tinggi, yang juga ‘Sifu Durian Malaysia’, Lim Chin Kee disusuli ceramah bertajuk ‘Pendaftaran  Sebagai Pembekal Durian Ke Kilang’ disampaikan Pengurus  Ladang  Sawit Kinabalu Sdn.Bhd, Andrew Lojumin.

Hadir sama ialah, Pengerusi Penanaman Durian Ranau, Japiril Suhaimin, mantan Pegawai Daerah Ranau, Faimin Kamin dan mantan Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Majus Munsing.

Datuk Jonathan dalam ucapan ringkasnya mewakili peserta yang kebanyakannya pengusaha kebun durian, memuji dan berterima kasih kepada MASDA kerana memilih daerah Ranau sebagai lokasi mengadakan seminar yang bermanfaat itu.

“Ini sangat bermanfaat dan memberi ilmu pengetahuan baharu tentang cara dan kaedah terbaik mengusahakan serta memelihara kawasan kebun durian agar berbuah berkualiti tinggi.

“Kita mengharapkan kepada semua peserta agar mendapat input terbaik berhubung penjagaan pokok durian terutama ‘Durian Musang King’ yang boleh memberi hasil dan pulangan yang lebih tinggi”, katanya.

Beliau turut berharap kepada Sawit Kinabalu Sdn Bhd agar memberi tumpuan dan membantu kepada para pekebun kecil durian di daerah Ranau untuk memasarkan buah durian mereka dengan harga yang berpatutan.

“Saya  mewakili pekebun kecil durian daerah Ranau memohon supaya pihak Sawit Kinabalu dapat mendirikan kilang memproses buah durian di Ranau pada masa akan datang  sebagai satu kemudahan penduduk menghantar hasil buah durian mereka seperti yang dilaksanakan Lembaga Koko Malaysia (LKM) membina kilang Koko (dalam proses penyiapan) dekat Kg.Napong 1 Ranau.

“Kilang ini adalah satu kemudahan para pekebun koko bukan sahaja di Ranau malah seluruh Sabah”, ujarnya.

Dalam pada itu, seminar yang sama akan turut diadakan di daerah Keningau, Tawau dan Kota Kinabalu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular