HomeIsu tempatan10 jelitawan bakal berentap merebut gelaran Unduk Ngadau Ranau

10 jelitawan bakal berentap merebut gelaran Unduk Ngadau Ranau

Read Time:1 Minute, 5 Second

RANAU: Sepuluh jelitawan akan menyertai Pertandingan Unduk Ngadau bagi merebut gelaran  ratu ‘Unduk Ngadau’ (UN) sempena Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Ranau di Dewan Masyarakat di sini pada 13 Mei bermula jam 8.00 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa kecil Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Ranau 2023, Ivy J.Suimin berkata, kesemua sepuluh peserta itu adalah jelitawan Kadazan, Dusun, Murut (KDM) berasal dari daerah Ranau dan bukan beragama Islam.

Menurutnya, semua peserta berusia 19 hingga 27 tahun itu akan mengikuti pelbagai aktiviti  yang telah ditetapkan pihak Jawatakuasa Pencarian peserta Unduk Ngadau sebelum 13 Mei.

Pada pusingan akhir pertandingan peserta akan dipilih gelaran ‘Tati Korohian FB’, ‘Tati Rasuk Pongitanan’, Tempat Ketiga, Kedua dan Johan (Unduk Ngadau) yang bakal mewakili Daerah Ranau ke Pertandingan peringkat Negeri di Hongkod Koisaan, KDCA Penampang akhir bulan Mei 2023.

Menurut Ivy, pertandingan peserta UN itu merupakan acara kemuncak Pesta Kaamatan setiap tahun sama ada peringkat Daerah atau Negeri.

“Orang ramai dialu-alukan supaya hadir menyaksikan sambil memberi sokongan moral kepada para peserta UN tahun ini selain menyaksikan pertandingan UN, pelbagai pameran dan jualan turut diadakan di luar dewan pada 12-13 Mei.

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat Daerah Ranau tahun ini akan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri II, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah selaku ADUN N.36 Kundasang, Datuk Seri Dr.Joachim Gunsalam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular