HomeUtamaMP dan ADUN PH Sabah temui PM bincang pembangunan Sabah

MP dan ADUN PH Sabah temui PM bincang pembangunan Sabah

Read Time:1 Minute, 12 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Putrajaya: Ahli-Ahli Parlimen (MP) dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Sabah hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan agenda pembangunan di Sabah.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Armizan Ali.

Menurut Ewon, pertemuan tersebut membincangkan komitmen Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri mengenai agenda pembangunan di Sabah khusunya berkaitan dengan infrastruktur asas dan keusahawanan. 

Katanya, MP dan ADUN yang hadir telah menyatakan pelbagai perkara kepada Perdana Menteri termasuk permasalahan di kawasan diwakili masing-masing, antaranya masalah bekalan air, jalan raya, sekolah daif, klinik kesihatan dan pembangunan keusahawanan.

“Tahun ini merupakan ulangtahun ke-60 penubuhan Persekutuan Malaysia. Justeru, kami memaklumkan Perdana Menteri mengenai isihati rakyat Sabah berkenaan pembangunan dan tuntutan rakyat Sabah agar Kerajaan Persekutuan dapat menyalurkan peruntukan yang lebih besar untuk mengatasi pelbagai keperluan pembangunan di Sabah.

“Perdana Menteri komited terhadap tuntutan rakyat ini dan kami berharap sambutan Hari Malaysia yang ke-60 tahun pada tahun ini memberi makna besar kepada seluruh rakyat Sabah dengan adanya kerajaan persekutuan baharu di bawah teraju pimpinan baharu iaitu Dato Anwar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Perdana Menteri juga turut bersetuju mengadakan lawatan kerja ke Sabah bagi meninjau sendiri beberapa permasalahan rakyat dan dijangka akan membuat pengumuman-pengumuman penting berkaitan pembangunan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Majlis TVET Sabah dijangka ditubuhkan menjelang akhir tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular