HomeUtamaPelantikan Anifah tanda sokongan Kerajaan Persekutuan untuk bantu Labuan - Webley

Pelantikan Anifah tanda sokongan Kerajaan Persekutuan untuk bantu Labuan – Webley

Read Time:2 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Pelantikan Datuk Seri Anifah Aman sebagai Ahli Dewan Negara dengan kuota Labuan adalah tanda sokongan Kerajaan Persekutuan kepadanya untuk membantu rakyat Labuan.

Setiausaha Agong Parti Cinta Sabah Datuk Webley Disim berkata, lantikan Anifah disyorkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di Pertuan Agong dan tidak ada orang boleh mempertikaikannya lagi.

Webley membuat kenyataan bagi membidas kenyataan Lau Seng Kiat dan Julius Elias yang mempertikaikan pelantikan Anifah sebagai Senator dengan menggunakan kuota Labuan.

“Baru sebulan setengah lantikan Anifah sebagai Senator. Berilah dia masa untuk dia membuktikan bahawa dia boleh bekerja untuk rakyat Labuan.

“Beliau telahpun mula mengadakan sesi pertemuan bersama-sama agensi-agensi Kerajaan, agensi bukan kerajaan dan seluruh lapisan masyarakat Labuan bagi mendengar masalah rakyat Labuan dan seterusnya membawa suara rakyat Labuan ke peringkat atasan,” kata Webley dalam satu kenyataan hari ini.

Webley turut menyatakan rasa kesangsian kerana orang-orang yang mempertikaikan pelantikan Anifah juga bukan merupakan orang Labuan.

“Lau bukanlah orang Labuan dan pada mulanya, Datuk Wong daripada Labuan Chinese Chamber of Commerce pun bukannya orang Labuan.

“Saya merasakan bahawa terdapat anasir-anasir luar yang sedang cuba untuk menyerang Anifah secara peribadi untung mencapai agenda tertentu,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa peranan Anifah sebagai Ahli Dewan Negara berlainan dengan Ahli Dewan Rakyat.

“Ahli Dewan Negara hanya membahaskan apa yang telah diluluskan di Dewan Rakyat. Sekiranya rakyat Labuan mahu membawa isu-isu penting, mereka harus membawanya kepada Ahli Dewan Rakyat mereka.

“Namun, ini tidak bermakna Anifah tidak akan mendengar suara rakyat Labuan. Beliau telah menjawat jawatan Menteri Persekutuan lebih dari 10 tahun dan beliau mempunyai ramai rakan-rakan dalam Kabinet. Masalah rakyat Labuan akan disuarakan kepada rakan-rakannya dalam Kabinet,” jelasnya.

Webley turut mempersoalkan kenapa sejak kebelakangan ini, hanya Anifah sahaja yang dipertikaikan?

“Mengapakah aktivis-aktivis ini tidak mempertikaikan pemimpin-pemimpin tempatan yang lain,” soalnya.

Webley turut menyatakan bahawa masalah-masalah yang dihadapi penduduk Labuan adalah masalah yang diwarisi.

“Masalah-masalah dan isu-isu itu bukanlah baru. Anifah mewarisi masalah-masalah ini dari pemimpin yang lama.

“Sudah beberapa Menteri Wilayah Persekutuan dari zaman Barisan Nasional hinggalah sekarang, namun masalah Labuan masih belum diselesaikan.

“Terdapat ramai juga Senator dan Ahli-Ahli Parlimen Labuan selama ini yang berasal dari Labuan namun masalah-masalah Labuan masih kekal.

“Bagaimanakan Anifah dapat menyelesaikannya dalam masa kurang dua bulan sedangkan pemimpin-pemimpin lama tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah itu,” ujarnya.

Webley juga menyatakan bahawa kenyataan Lau bahawa Anifah merupakan ahli politik yang gagal kerana PCS tidak memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Umum yang lalu adalah berniat jahat kerana PCS tidak bertanding dalam Pilihanraya Umum yang lalu.

“Mereka mungkin tidak berpuas hati dengan lantikan Anifah tetapi janganlah membuat kenyataan melulu dan tidak professional. Anifah dilantik atas kapasiti pengalaman beliau, pencapaian beliau selama ini dan kepedulian beliau terhadap rakyat termasuklah hak rakyat seperti Perjanjian Malaysia 1963 bahkan hak Malaysia di persada dunia turut diperjuangkan beliau. Pencapaian beliau telah terbukti namun mereka yang mengkritik beliau saya ingin bertanya apa pencapaian mereka selama ini?,” jelasnya.

Webley turut berkata bahawa lantikan Anifah adalah kerana pengalaman dia dan tidak ada kena mengena dengan kejayaan atau kegagalan parti politiknya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya