HomeIsu tempatanHUMS jalin kerjasama MoU dengan HiSAR Hospital Intercontinental Istanbul Turkiye

HUMS jalin kerjasama MoU dengan HiSAR Hospital Intercontinental Istanbul Turkiye

Read Time:1 Minute, 0 Second

Istanbul, Turkiye : Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) melakarkan sejarah apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama HiSAR Hospital Intercontinental Istanbul Turkiye yang memfokuskan tenaga pakar HUMS serta kajian dan inovasi bidang kesihatan.

Majlis yang berlangsung Isnin lalu itu menyaksikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) diwakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor dan Pendaftar, Luqman Ridha Anwar; manakala HiSAR diwakili Pengurus Besar, Emir Kavak dan Ketua Pakar Perubatan merangkap Ahli Lembaga Eksekutif Hisar Hospital, Prof. Madya Dr. Hilmi Aksoy. 

Majlis itu turut disaksikan Yang di-Pertua Negeri Sabah merangkap Canselor UMS, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni. 

Menurut Dr. Kasim, kerjasama MoU itu akan berkuatkuasa selama tiga tahun.

“Ia merupakan salah satu usaha UMS untuk meningkatkan lagi kepakaran profesional tenaga pakar perubatan HUMS.

“Ini bagi memastikan HUMS dapat memberikan perkhidmatan pada tahap kelas pertama dan bertaraf antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, antara lain kandungan MoU adalah tenaga profesional HUMS akan menjalani program mobiliti di HiSAR Hospital, selain kedua-dua hospital akan menjalankan projek penyelidikan bersama dalam bidang perubatan.

“HUMS dan HiSAR juga akan mengadakan lain-lain kerjasama yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa mengikut persetujuan bersama oleh kedua belah pihak,” jelas Dr. Kasim.  – SABAH MEDIA. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular