HomeSukanSukan Sea : Andre pertahan pingat emas di Kemboja

Sukan Sea : Andre pertahan pingat emas di Kemboja

Read Time:43 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara terbabit pada temasya Sukan SEA di Kemboja 2023.

Atlet kelahiran Tenom Sabah itu berjaya melakukan catatan 16.06 meter seterusnya membolehkan dia merangkul pingat emas menewaskan pencabarnya dari Filipina, Ronnie Auxilio Mapilay ditempat dikedua dan Mary Harry Aloto Diones ditempat ketiga.

Pencapaian atlet berusia 24 tahun ini menyaksikan skuad negara mengekalkan penguasaan bagi acara itu sejak edisi 2015 hingga 2019 menerusi Hakimi Ismail.

Dalam pada itu, Andre berkata, saingan pada temasya kali ini dilihat agak sukar berikutan cuaca panas di dalam stadium.

Katanya, faktor itu juga menyukarkan atlet untuk memberi yang terbaik pada setiap lompatan.

“Saya telah cuba yang terbaik dan berharap untuk pecahkan rekod kebangsaan di sini, namun, ia tidak berjaya dilakukan.

“Namun, saya sangat gembira dengan kemenangan yang diraih,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan bola sepak medan cungkil bakat baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular