HomeIsu tempatanKumpulan Tabut (SK Bundu Tuhan) juara Paluan Gong, Pesta Kaamatan Peringkat Daerah...

Kumpulan Tabut (SK Bundu Tuhan) juara Paluan Gong, Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Ranau

Read Time:1 Minute, 28 Second

RANAU: Kumpulan Sekolah Kebangsaan (SK) Bundu Tuhan yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Tabut’, muncul juara Pertandingan Paluan Gong kategori Sekolah Rendah sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah di Dewan Masyarakat Ranau pada Rabu.

Naib Johan disandang oleh SK Kundasang dan SK Bundu Tuhan menduduki tempat ketiga.

Bagi kategori Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK), Johan disandang oleh kumpulan Sunduan Highlanders dari SMK Bundu Tuhan sementara SMK Timbua di tangga Naib Johan dan SMK Kundasang di tangga ketiga.

SK Kauluan pula meraih gelaran Johan pada kategori Terbuka disusuli SK Bundu Tuhan (Naib Johan) dan tempat ketiga diberikan kepada SK Narawang.

Pada Pertandingan ‘Hiis’ (puisi) kategori  terbuka pula Johan disandang oleh kumpulan ‘Tabut’ dari SK.Bundu Tuhan disusuli SK Sagiban (Naib Johan) dan SK Saint Benedict menduduki tempat Ketiga.

Kumpulan Butia Hidhlanders dari SMK Bundu Tuhan menjuarai pertandingan Hiis kategori terbuka, disusuli pasukan ‘Sinuau’ dari SMK Bundu Tuhan dan tempat ketiga disandang pasukan Hiis dari SMK Timbua.

Pertandingan kelolaan Pejabat Pendidikan daerah Ranau itu, merupakan sebahagian acara yang dipertandingkan  sempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah yang akan diadakan di Dewan Masyarakat Ranau pada 13 Mei 2023 bermula 8.00 pagi.

Pertandingan bertemakan ‘Kaamatan Membudayakan Perpaduan’ itu telah dirasmikan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.38 Paginatan, Mohd Hisyamuddin Harun yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (Dilantik), Datuk Amisah Yassin.

“Pertandingan Paluan Gong dan Pertandingan Hiis melibatkan penyertaan daripada sekolah merupakan antara acara yang dipertandingkan sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Ranau setiap tahun sebagai wadah mengekalkan warisan tradisi budaya suku kaum Dusun di Ranau,” kata Hisyamuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Ranau, Barizah Mohd Kahar bersama para kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah serta para ibu bapa, guru-guru dan pelajar SK dan SMK  daerah Ranau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya