HomeUtamaCuaca panas : Beaufort, Kinabatangan dikategorikan berada pada tahap berjaga-jaga

Cuaca panas : Beaufort, Kinabatangan dikategorikan berada pada tahap berjaga-jaga

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh negeri.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, antara negeri terlibat adalah di Sabah,  Kedah, Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Keadaan cuaca panas ini dijangka akan berlarutan sekurang-kurangnya tiga hari bermula hari ini.

“Sehingga jam 4.45 petang tadi, dua daerah di Sabah dikategorikan berada pada tahap satu iaitu di Beaufort dan Kinabatangan.

“Bagi negeri Kedah, kawasan yang terlibat ialah Kuala Muda; Padang Terap; Baling dan Bandar Baharu; Kelantan, Pasir Mas; Perak (Selama, Matang dan Larut; Kinta; Hulu Perak; Manjung dan Batang Padang,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Turut dilaporkan adalah di Selangor melibatkan kawasan Kuala Selangor, manakala Negeri Sembilan (Jempol) dan Sarawak (Mukah).

Agensi itu turut memaklumkan cuaca berkenaan boleh mencecah di antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Orang ramai ingin mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh layari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya