HomeIsu tempatanMayat lelaki dibaham buaya ditemui hari ini

Mayat lelaki dibaham buaya ditemui hari ini

Read Time:1 Minute, 1 Second

BELURAN: Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika mencuci tangan dan kaki di tepi Sungai Rawog, Ladang Linbar 2 di sini, pada Selasa lalu, mayatnya telah ditemui hari ini.

Mayat mangsa Rudi Amirrudin, 28, ditemui oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada pasukan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung pada hari ke-3 SAR dilancarkan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, jasad mangsa ditemui dalam keadaan yang tidak sempurna hari ke-3 SAR dilancarkan pada jam 10:30 pagi tadi (11 Mei), satu kilometer dari lokasi mangsa dibaham buaya.

“Seterusnya mangsa tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11:30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 9 Mei lalu, menurut saksi, sebelum kejadian mangsa melakukan aktiviti membersihkan kawasan pagar elektrik di dalam kawasan estate bersempadan dengan Sungai Rawog.

“Semasa berehat, mangsa pergi ke tepi sungai untuk mencuci tangan dan kaki, tiba-tiba buaya muncul dan mengheret mangsa ke dalam sungai.

“Mangsa sempat menjerit meminta tolong namun tidak dapat dibantu oleh kawan mangsa yang juga sama-sama bekerja di kawasan tersebut,” katanya dan operasi SAR dilancarkan sebaik sahaja menerima laporan kehilangan mangsa.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penyertaan julung kali bawa tuah, Velvet Aduk dinobat juara CLAS-15

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular