HomeIsu tempatanUMS, Cambridge University jalin kerjasama dalam penghasilan bahan termaju

UMS, Cambridge University jalin kerjasama dalam penghasilan bahan termaju

Read Time:1 Minute, 47 Second

Cambridge: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan kerjasama dengan Jabatan Kejuruteraan Cambridge University, London dalam bidang kejuruteraan bahan dan nanomaterials.

Kerjasama itu terjalin melalui lawatan yang diketuai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS,  Prof. Ir. Dr Rosalam Sarbatly ke universiti itu, di sini semalam. 

Kunjungan UMS disambut Profesor dalam Kejuruteraan Bahan Cambridge University, Prof. Dr. Vikram Deshpande. 

Menurut Dr. Rosalam, perbincangan menjurus kepada pertukaran kepakaran antara dua universiti seiring dengan pelan perancangan UMS untuk membangunkan sebuah pusat penyelidikan nano dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Profesor Dr. Vikram sendiri teruja untuk menerima jemputan bagi menyumbang kepakaran beliau kepada UMS melalui pusat ini. 

“UMS bukan sahaja akan menumpukan penyelidikan di dalam bidang kejuruteraan nano, namun pusat ini akan menjadi platform bagi kajian bahan nano yang berkaitan dengan aplikasi dalam bidang alam sekitar, perubatan dan pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan bertempat di Trumptington St, di sini.

Pada kunjungan itu, Dr. Rosalam dan Dr. Vikram juga saling berkongsi penyelidikan terkini yang menekankan penghasilan bahan termaju (advanced materials).  

Dr. Rosalam yang juga seorang jurutera kimia berkongsi tentang penghasilan bahan serat nano (nanofibre) yang digunakan untuk menghasilkan membran termaju bagi kegunaan penapisan udara dan air serta pemulihan luka. 

“Antara teknik bagi menghasilkan bahan termaju ini secara besar-besaran termasuklah melt-blown dengan membenamkan bahan berfungsi bagi mengeluarkan produk bahan termaju dengan sifat-sifat tertentu,” katanya.

Sementara itu, Dr. Vikram yang berkepakaran dalam kejuruteraan bahan pula berkongsi penyelidikan beliau dalam menghasilkan bahan termaju berasaskan tiub nano karbon.

“Penyelidikan ini untuk tujuan teknologi angkasa lepas dan peralatan ketenteraan agar produk yang terhasil adalah lebih kuat, kukuh, ringan dan pintar. 

“Ia tertumpu kepada bahan-bahan senibina mikro yang mana ia diperbuat secara perubahan topografi menerusi pemendapan wap,” jelas Dr. Vikram

Pada kunjungan itu, ahli delegasi turut beramah mesra dengan seorang staf akademik UMS, Prof. Madya Dr A Rahman Tang Abdullah yang sedang cuti sabatikal penyelidikan di Jabatan Sejarah di universiti berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Strategik) Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) UMS,  Prof. Madya Dr. Fatimah Ahmedy, dan Profesor Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS, Prof. Dr. Kamruddin Ahmed. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya