HomeUtamaMajikan diseru tawar peluang pekerjaan sesuai untuk golongan belia

Majikan diseru tawar peluang pekerjaan sesuai untuk golongan belia

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kundasang : Para majikan khususnya di negeri ini diseru agar dapat menawarkan peluang pekerjaan yang sesuai bagi memastikan golongan belia di Sabah mendapat pekerjaan sebaiknya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia sekaligus akan dapat mengurangkan kadar pengangguran khususnya dikalangan golongan belia.

Katanya, langkah itu juga dilihat dapat membantu golongan majikan memperoleh tenaga pekerja yang berkelayakan selain berpotensi mengikut keperluan perusahaan dan industri semasa.

“Justeru saya berharap agar majikan-majikan khususnya yang ada di Sabah dapat memberikan seterusnya menawarkan peluang pekerjaan yang sesuai untuk anak-anak kita di negeri ini.

“Ini juga adalah bagi membolehkan mereka khususnya golongan belia ini dapat berkhidmat di Sabah,” katanya.

Arifin berkata demikian pada Majlis Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia dan agensi-agensi di bawahnya di Dataran Tamu Kundasang di sini hari ini.

Beliau yang juga exco pendidikan Sabah menyatakan demikian bagi mengulas lanjut mengenai program Myfuture Job yang dikendalikan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Dalam pada itu, sehingga April lalu, sebanyak 29,766 peluang pekerjaan telah ditawarkan melalui program MyFuture Job.

Dari jumlah itu, seramai 467 pencari kerja berjaya ditempatkan didalam sektor pekerjaan.

Terdahulu, Arifin berkata, kerajaan sentiasa peka dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan  penyampaian kepada masyarakat luar bandar melalui program outreach.

Katanya, kerajaan turut membantu pencari pekerja untuk mendapatkan pekerjaan.

“Saya yakin pendekatan yang dilaksanakan kerajaan akan dapat memberi impak positif kepada rakyat sekaligus membantu membangunkan ekonomi negara secara menyeluruh,”katanya.

Sebanyak 300 pekerjaan ditawarkan oleh lima pempamer dalam majlis ini.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Majlis TVET Sabah dijangka ditubuhkan menjelang akhir tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular