HomeUtamaKerja penyelenggaraan tangki punca gangguan bekalan air di KKIA

Kerja penyelenggaraan tangki punca gangguan bekalan air di KKIA

Read Time:1 Minute, 26 Second

Putatan: Kerja penyelenggaraan tangki secara berkala yang dilaksanakan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dikenal pasti menjadi antara punca kepada gangguan bekalan air yang menjejaskan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) semalam. 

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, gangguan itu dapat dielakkan jika persediaan awal dapat dibuat memandangkan ia merupakan kerja berjadual. 

“Saya dimaklumkan bekalan air di KKIA sudah kembali pulih bermula jam 2 petang semalam. Ia berpunca daripada penyelenggaraan tangki R4C secara berjadual yang dicuci pihak JANS.

“Cuma sekarang kita sedang menyiasat apa sebab kerja penyelenggaraan berjadual itu memberi kesan kepada bekalan air di KKIA. Sepatutnya kerja itu dilakukan selepas pelan kontingensi sudah diambil tetapi kenapa terjadi sehingga ketiadaan air kosong di KKIA semalam,” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di sini, hari ini.

Berikutan itu juga, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah turut meminta pihak JANS membuat laporan berhubung perkara itu selain mengambil langkah pencegahan apabila melaksanakan kerja penyelenggaraan pada masa depan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Putatan itu turut mengakui belum berpuas hati terhadap kerja pemulihan bekalan air di kawasan Sepanggar yang turut terjejas sebelum ini.

“Saya masih tidak berpuas hati dengan apa yang saya nampak adalah kelemahan daripada agihan bekalan air dalam sistem yang dikendalikan oleh JANS. 

“Berikutan itu, saya minta satu jawatankuasa khusus yang fokus kepada usaha menambah baik agihan bekalan air khususnya di kawasan pantai barat Sabah,” katanya.

Semalam, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam kenyataan memaklumkan, KKIA mengalami gangguan bekalan air yang turut menjejaskan beberapa kawasan lain di Sabah.

Selain itu, MAHB turut meminta semua penerbangan untuk mengisi air pesawat mereka di tempat asal sebelum berlepas KKIA susulan gangguan bekalan air di lapangan terbang itu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Restoran dan penginapan pekerja pusat peranginan di Semporna musnah terbakar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya