HomeUtamaKolaborasi NGO wanita JHEWA, MPWS penting perkasa wanita Sabah

Kolaborasi NGO wanita JHEWA, MPWS penting perkasa wanita Sabah

Read Time:1 Minute, 16 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Kolaborasi Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) penting bagi memperkasakan program pembangunan wanita.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib berkata, penglibatan NGO sebagai rakan strategik JHEWA dan MPWS mustahak bagi mempergiatkan usaha kerajaan menjayakan program-program pemerkasaan dan pembangunan wanita di negeri ini.

“Kementerian sentiasa merancang dan melaksanakan program-program pembangunan agar wanita Sabah tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dan kemajuan bagi memastikan mereka inovatif serta berpengetahuan seiring pembangunan negara.

“Melalui JHEWA, KPMKR menyediakan geran peruntukan kepada NGO wanita yang layak dan berdaftar dengan JHEWA bagi menganjurkan program pemerkasaan komuniti khususnya golongan wanita.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 1444H JHEWA dan MPWS disini semalam.

Teks ucapan beliau disampaikan Setiausaha Tetap KPMKR, Datuk Sr. Lee Chun Khiong.

James berkata, kolaborasi NGO wanita melalui sesi libat urus bersama MPWS telah banyak membantu menyelesaikan pelbagai isu selain merancang pelan tindakan setiap aspek yang melibatkan pemerkasaan wanita di negeri ini diambil kira.

“Oleh itu, saya menyeru agar kita berusaha bersama memperkasakan golongan wanita, kerana apabila mereka bahagia, keluarga turut gembira dan masyarakat terbina dengan jayanya,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Noraini Idris, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Zainudin Aman, Pengerusi MPWS, Datuk Dr. Tarsiah TZ Taman, Timbalan Setiausaha Tetap KPMKR, Maria David Erick, Pengarah JHEWA, Haslina Ismail dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jais Asri.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya