HomeUtamaCuaca panas : Tiga kes strok haba dilaporkan di Sabah

Cuaca panas : Tiga kes strok haba dilaporkan di Sabah

Read Time:2 Minute, 1 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Sebanyak tiga kes strok haba yang berkaitan cuaca panas di Sabah direkodkan bagi tempoh 15 April hingga 12 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) berkata, semua yang terlibat merupakan dua pelajar dan seorang wanita yang bekerja sendiri.

“Kes pertama merupakan seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun dan dimasukkan ke wad pada 15 April dan telah dibenarkan balik ke rumah pada 18 April.

“Bagi kes kedua pula merupakan seorang pelajar lelaki berusia 9 tahun, dan telah dimasukkan ke wad pada 30 April dan dibenarkan keluar daripada wad pada 2 Mei yang lalu.

“Manakala kes ketiga merupakan seorang wanita berumur 27 tahun yang bekerja sendiri dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar sahaja pada 29 April 2023. Ketiga-tiga pesakit ini telah selesai mendapatkan rawatan dan sembuh sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Rose Nani berkata, cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh lalu menyebabkan cecair dalam badan berkurangan.

Katanya, antara gejala penyakit berkaitan cuaca panas adalah badan terasa kering dan panas, denyutan jantung menjadi cepat, pening, mual dan boleh mengakibatkan sawan ataupun pengsan.

Tambahnya, kanak-kanak dan warga emas adalah golongan yang paling berisiko mendapat masalah kesihatan daripada keadaan ini.

“Sehubungan itu, JKNS menyarankan langkah-langkah berikut untuk mengelakkan berlakunya penyakit berkaitan cuaca panas seperti menangguhkan atau menghadkan aktiviti lasak seperti berkayak, berbasikal, marathon, memanjat gunung dan aktiviti luar yang lain semasa berlakunya gelombang haba ini.

“Memendekkan tempoh aktiviti di luar rumah seperti berkebun atau membersihkan laman rumah, ataupun berehat secara berkala dan minum air kosong yang banyak pada setiap kali waktu rehat semasa melakukan aktiviti tersebut,” katanya.

Selain itu, Dr Rose Nani berkata, orang ramai juga disarankan untuk meminum air yang telah dimasak dengan secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

Tambahnya orang ramai juga juga digalakkan untuk memakai pakaian yang ringan, cerah dan longgar untuk mengelakkan pemerangkapan haba selain mengelakkan memakai pakaian yang berwarna gelap, tebal dan ketat.

“Memakai topi atau payung untuk melindungi diri daripada pancaran haba terus ke badan. Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa. Selain menyejukkan badan menggunakan kipas ataupun pendingin hawa,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Rose Nani berkata, orang ramai juga disarankan untuk mendapatkan rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda awal kelesuan haba dan strok haba.

“Nasihat kesihatan bagi krisis ini juga boleh diperolehi daripada Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia di laman sesawang http://www.myhealth.gov.my,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kemakmuran, keharmonian sosial dibina atas nilai keadilan – Masidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular