HomeUtamaDBKK buat julung kali adakan sambutan Pesta Kaamatan di pusat beli belah

DBKK buat julung kali adakan sambutan Pesta Kaamatan di pusat beli belah

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Buat julung kalinya, sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2023 diadakan dalam pusat membeli belah di bandaraya ini dan merupakan satu kelainan dari sebelumnya.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, walau di mana pun sambutan Pesta Kaamatan itu diadakan, semangat perpaduan dapat dilihat dengan terjemahan kejayaan program tersebut yang diadakan bermula sejak Jumaat (12 Mei) hingga Sabtu (13 Mei) yang berlangsung di Imago Shopping Mall di sini.

“Kemeriahan sambutan Kaamatan yang kita raikan pada hari ini merupakan simbolik kepada semangat perpaduan yang bertujuan untuk memupuk semangat kebersamaan dan kekitaan dalam menerima kepelbagaian budaya Malaysia Madani dalam nilai teras “Hormat” yang kita miliki hari ini, khususnya di Bandaraya Kota Kinabalu yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, latar belakang, budaya dan agama, iaitu bertepatan dengan Tema Kaamatan tahun ini, “Keamanan Membudayakan Perpaduan/ “Kaamatan Enculturates Unity” / “Kaamatan Mongubasanan Pisompuruan”,” katanya dalam ucapan perasmian sempena Sambutan Pesta Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2023 malam tadi.

Christina yakin sambutan dan penganjuran acara yang dipengerusikan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip akan dapat menarik ramai pelancong ke negeri ini.

“Saya yakin bahawa sambutan dan penganjuran acara ini sekaligus dapat menarik lebih ramai pelancong bukan sahaja dalam negeri bahkan dari luar Negara untuk menjadikan Sabah dan bandaraya Kota Kinabalu sebagai destinasi pelancongan sepertimana yang kita lihat pada hari ini iaitu kehadiran para pengunjung yang ramai bukan saja terdiri daripada rakyat tempatan malah para pelancong turut sama berada menyaksikan acara ini.

“Saya juga percaya dan yakin perayaan yang disambut mampu menarik pelancong untuk melihat sendiri keunikan kepelbagaian etnik di Sabah,” katanya.

Beliau berharap perayaan Pesta Kaamatan pada tahun ini akan membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian kepada semua yang menyambutnya.

Turut hadir memeriahkan majlis Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Peto Galim, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu selaku Timbalan Pengerusi Induk Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya kota Kinabalu tahun 2023, Junainah Abbie, Pengarah Eksekutif AsianPac Holdings S/B, Timbalan Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Dr. Yu Tat Loong, Ketua -Ketua Jabatan DBKK, Negeri dan Persekutaan, Pengarah-Pengarah Urusan Imago Shopping Mall dan Pemimpin – pemimpin Pembangunan Masyarakat.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular