62 pelajar tingkatan enam SM All Saints berjaya tamat pengajian dengan cemerlang

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Seramai 62 pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah (SM) All Saints di sini diraikan dalam satu majlis graduasi baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, seramai 25 pelajar berjaya dianugerahkan Anugerah Rekod Kehadiran Terbaik.

Selain itu, turut disampaikan Anugerah Kokurikulum Terbaik (Elysha Chin Hong), Anugerah Pelajar Sains Terbaik (Chong Suk Yen) dan Anugerah Pelajar Sains Sosial  Terbaik (Olyvia Leonardus). 

Dalam pada itu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam SM All Saints, Nigel Kong Jie Cong turut menyampaikan ucapannya pada majlis itu.

Nigel Kong berkata, mereka merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada pengetua, para guru dan ibu bapa atas sokongan dan bantuan yang telah diberikan.

Terdahulu, majlis yang bermula pada 9.30 pagi itu dimulakan dengan ucapan Pengetua SM All Saints Dr Mary Gambidau.

Dr Mary amat optimistik bahawa pengalaman dan ilmu yang ditimba oleh pelajar di sekolah berkenaan akan menjadikan mereka pemimpin masa depan yang dinamik dan berkualiti tinggi. 

“Saya juga berharap agar pelajar tingkatan enam sekolah ini mampu mencapai keputusan peperiksaan cemerlang dan mendapat tempat ke institusi pendidikan tinggi di dalam dan luar negara,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *