HomeUtamaFadhillah tiba di Sabah adakan lawatan kerja sehari

Fadhillah tiba di Sabah adakan lawatan kerja sehari

Read Time:42 Second

Kota Kinabalu :   Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadhillah Yusof tiba di Kota Kinabalu pada jam 10.45 malam tadi bagi mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sabah selama sehari esok. 

Ketibaan beliau bersama isteri, Datin Seri Ruziah Mohamad Tahir yang menaiki pesawat khas di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disambut oleh Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM),  Datuk Matbali Musah.

Turut serta dalam rombongan itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi dijadualkan menghadiri Majlis Apresiasi Lembaga Koko Malaysia (LKM) 2023, Majlis Menandatangani MOU antara LKM dan Angkasa serta melancarkan Buku Anti Rasuah LKM di salah sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kota Kinabalu esok.

RELATED ARTICLES
Utama

Pemotong rumput luka tembus di lengan kanan, terkena tembakan senjata tiruan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular