HomeUtamaLRA Telibong 2 perlu segera disiapkan, atasi masalah air dihadapi penduduk

LRA Telibong 2 perlu segera disiapkan, atasi masalah air dihadapi penduduk

Read Time:1 Minute, 57 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) merupakan agensi Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dalam memastikan masalah air yang melanda di beberapa daerah di Sabah dapat diselesaikan dengan segera.

Ahli Parlimen Sepanggar Mustapha Sakmud berkata, sebagai wakil rakyat, pihaknya hanya sebagai pemudah cara dan akan membawa isu berkenaan ke Parlimen agar Kerajaan Persekutuan dapat memberi suntikan dana kewangan bagi membantu Kerajaan Negeri.

“Saya telah menerima ratusan laporan berkenaan masalah air di Sepanggar yang semakin teruk.  Terdapat kawasan yang tiada air lebih daripada lima hari selain ada juga laporan ketiadaan air dari pelbagai tempat dan tempoh yang lebih dari seminggu ke sebulan.

“Selain daripada itu, terdapat juga laporan yang mengatakan masyarakat Sepanggar menerima air yang tidak bersih dan tidak selamat untuk kegunaan seharian lebih-lebih lagi untuk memasak,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, sejak dilantik menjadi Ahli Parlimen Sepanggar, perkara pertama yang dilaksanakan adalah mahu menunaikan manifesto dengan membuat perjumpaan bersama JANS pada 22 Disember lalu bagi mendengar masalah air yang berlaku di Sepanggar.

“Saya juga menyampaikan langkah menyelesaikan masalah air ini kepada JANS, namun hingga ke hari ini, saya masih menunggu penyelesaian jangka panjang itu dilaksanakan secepat mungkin.

“Tapi, kalau hanya menunggu tanpa mengambil tindakan yang drastik daripada pihak saya, saya rasa ramai penduduk akan lebih terkesan dengan masalah air yang berlarutan,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, pada ketika ini pihaknya mengambil inisiatif melaksanakan penyelesaian jangka pendek dengan menggerakkan jentera tangki air dari pembekal air swasta yang dibayar Pejabat Parlimen bagi menyalurkan bantuan air percuma kepada penduduk.

“Kalau boleh, saya tidak mahu menunjuk-nunjuk di media sosial yang saya memberi bantuan air ini secara percuma, jauh sekali untuk minta dipuji.

“Tapi bila kita tidak tunjuk, saya dituduh tidak memberi bantuan air sampai ada yang menghina saya, keluarga saya, memaki dan macam-macam lagi sampai ada ahli keluarga saya takut dan trauma untuk membuka Facebook.

Justeru itu, Mustapha menggesa JANS untuk mempercepatkan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 2 bagi menampung keperluan air masyarakat di Sepanggar secara khususnya.

Katanya, catuan air secara berkala kepada penduduk sekiranya berlaku hal-hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

“Saya juga berharap agar Kerajaan Negeri Sabah dapat memberikan tumpuan yang sangat-sangat serius dalam menyelesaikan masalah air di Sepanggar yang telah berlarutan sejak bertahun-tahun lamanya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular