HomeIsu tempatanLelaki ditemui mati di kawasan semak di Tuaran

Lelaki ditemui mati di kawasan semak di Tuaran

Read Time:1 Minute, 24 Second

TUARAN: Seorang lelaki ditemui di kawasan semak berdekatan bangunan Loji Rawatan Air Jetama Sdn Bhd, dekat sini oleh orang awam pada jam 12.14 tengah hari pada Jumaat lalu (12 Mei).

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintenden Noraidin Ag. Maidin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mangsa pada 12 Mei 2023 jam 2.07 petang melalui talian 999.

“Dari hasil siasatan polis mendapati, seorang lelaki tanpa baju berseluar jeans warna biru dan tiada sebarang kecederaan pada tubuh badan mangsa.

“Dan tiada kesan pergelutan di kawasan semak tempat kejadian. Pemeriksaan pada poket seluar dan juga beg yang dijumpai tiada penemuan sebarang dokumen diri si mati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noraidin, dari keterangan saksi awam yang berada di tempat kejadian yang merupakan pekerja tapak pembinaan bangunan dan pagar Loji Rawatan Air JETAMA Sdn Bhd semasa mahu memulakan kerja-kerja mengecat terlihat mangsa di lokasi berkenaan dan terus memberitahu majikan yang turut berada di lokasi kejadian yang kemudiannya memaklumkan kepada staf Jabatan Air kebetulan berada di bangunan bersebelahan sedang menyambut majlis aidil fitri yang kemudian menghubungi 999.

“Menurut saksi sudah memulakan kerja-kerja di tapak binaan tersebut hampir 4 bulan sejak awal Januari 2023. Kali terakhir tinggalkan lokasi kejadian pada 11/05/2023 jam 1700hrs dan tiada melihat apa-apa yang ganjil atau mencurigakan di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, identiti diri mangsa belum diketahui, tetapi ciri-ciri mangsa adalah seorang lelaki, berumur dalam lingkungan 40an, tinggi lebih kurang 5 kaki 4 inci, warna kulit hitam (sawoh matang) dan rambut ikal warna hitam.

Noraidin berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tuaran untuk prosedur Saringan Covid 19. Usaha untuk mengesan waris si mati sedang dijalankan dan siasatan masih diteruskan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya