HomeEkonomiElak bayar cukai RM 500,000, Pengarah syarikat didakwa

Elak bayar cukai RM 500,000, Pengarah syarikat didakwa

Read Time:1 Minute, 13 Second

BATU PAHAT: Seorang pengarah syarikat eksport dan import kayu pine didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan mengelak membayar cukai pendapatan berjumlah lebih RM500,000 bagi tiga tahun taksiran semalam.

Menurut laporan Berita Harian, Orang kena saman (OKS), Goh Boon Chai, 58, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nur Asidah A Rahman.

Boon Chai didakwa secara sengaja dan dengan niat untuk mengelak cukai pendapatan hasil daripada perniagaan kayu pine yang secara keseluruhannya berjumlah RM545,388.64.

Pengarah Syarikat Utara Raya Sdn Bhd itu didakwa gagal memasukkan jumlah pendapatan dalam Borang C bagi mengenai pendapatan syarikat bagi Tahun Taksiran 2019, 2020 dan 2021.

Dia sepatutnya membayar cukai berjumlah RM147,550 bagi tahun 2019, RM155,140 (2020) dan RM242,688 (2021).

Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di pejabat OKS pada 11 Januari lalu dan siasatan mendapati dia gagal mengemukakan borang cukai pendapatan dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh penutupan akaun iaitu 31 Julai 2020, 31 Julai 2021 dan 31 Julai 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 77A(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana gagal mengemukakan borang penyata cukai pendapatan tanpa sebab munasabah.

OKS boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 112 (1A) akta sama iaitu denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, serta penalti khas tiga kali ganda daripada amaun cukai yang sepatut dikenakan kata laporan itu lagi.

Mahkamah juga tidak memberi jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 11 Jun ini sebutan semula kes serta proses lantikan guaman.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular