HomeIsu tempatanLelaki ditemui rentung dalam kebakaran rumah kongsi di Kalabakan

Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran rumah kongsi di Kalabakan

Read Time:1 Minute, 7 Second

TAWAU: Seorang lelaki ditemui rentung terlibat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah kongsi tujuh pintu di Brumas Estate, Kalabakan pada Ahad (14 Mei).

Pasukan polis membawa mayat mangsa kebakaran rumah kongsi tersebut untuk siasatan lanjut. – Foto ihsan BBP Tawau

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima panggilan kecemasan dari Balai Polis Bombalai berkenaan kes kebakaran rumah kongsi di Brumas Estate, Kalabakan.

Katanya, kebakaran berlaku pada jam 9 pagi pada Ahad (14 Mei) dan pengadu tidak dapat membuat laporan kepada pihak bomba semasa kejadian berikutan tiada liputan rangkaian komunikasi.

“Pengadu membuat laporan ke balai polis berdekatan (Bombalai) berkenaan kejadian tersebut dan menjumpai seorang mangsa rentung di dalam kebakaran rumah kongsi itu.

“Seterusnya pihak polis memaklumkan kes kebakaran kepada pihak bomba pada jam 1.50 petang.

“Pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk mengambil maklumat dan membuat pengesahan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan satu blok rumah kongsi tujuh pintu jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus.

“Tindakan pasukan bomba di lokasi menyerahkan mangsa rentung kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Mangsa yang rentung itu dikenali sebagai Sofian Aggel Ibrahim berusia 52 tahun.

“Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan tidak ada keberbahayaan lain dan operasi ditamatkan sepenuhnya 6.31 petang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular